Sunday, December 9, 2012

FACEBOOK

baru2 ni aku still lagi cuba clearkan list2 kawan yang aku tak berapa kenal dan dipindahkan ke facebook yg baru . aku rasa aku perlukan sedikit ruang untuk hidup peribadi aku . aku terasa ramai lak mata2 yang stalk aku walaupun friendlist setakat 1500 je . pending request lagi berlambak . mungkin nampak mcm 'bajet hot' , tapi relevan nya setiap kali aku buat apa2 event , depa akan mintak FB aku . so , sekarang aku dah tak risau sbb ada facebook untuk semua jenis lapisan masyarakat . hahaha . sape yg kena remove tu harap tak amik hati la kan .

baru2 ni aku bertegang urat dengan kenalan masa sekolah dulu . walaupun aku cuma menaip dekat FB tapi jelas aku terasa urat aku tegang sbb mamat tu ajak aku masuk MLM . sorry la , aku mmg menolak sekeras2nya MLM . ada bnyak cara untuk kaya tapi yg pasti bukan MLM . aku ada sebab yg aku rasa aku tak nak join . yang lain nak kata apa pon pergi la jahanam . MLM takkan buat kau kaya sampai mati . sure ! . aku bakal hantar mamat ni ke facebook satu lagi . sbb dia annoying dan yang paling tak boleh blah memandang rendah dengan kerja2 yang untungnye ciput katanya , contoh mcm jual kuih or paper . pelik mindset org MLM . walaupun ciput at least tau sumber tu dari mana .

Sekarang ramai yang gunakan facebook untuk mcm2 kegunaan . ada yg guna untuk dakwah , bisnes , carik kawan , stalker org lain  .ada ramai kawan aku cari aku balik sbb aku tinggalkan no fon aku kat situ . in case apa2 kan . tapi ramai gak yang carik aku untuk ajak aku masuk business yg bukan2 . haisshh . gua lak selalunya mmg guna untuk wat business la kan . hihihi

Dah nak hujung tahun dah . kepala otak aku makin serabut . duit company cuma tinggal cukup untuk 2 bulan . aku lebih suka duduk ofis dari duduk rumah . sbb aku mmg nak generate duit . kat ofis aku akan cambahkan idea2 untuk create duit . walaupun kadang2 aku cerita kat adik beradik or kawan2 , nampak mcm berat sgt je idea aku tu tapi aku yakin boleh buat , cuma kekangan masa aku je yang jadi masalah . tapi aku takleh give up . aku nk bela mak bapak aku , sbb tu kena ada duit bnyak . tak kesah lah kalau adik beradik yang lain tak nak fikir , aku letakkan sume tu atas bahu aku . kalau ada yang tanya kenapa aku kerja menggila , ni lah sebabnye . Untuk company pulak , aku harap2 business jubah tu akan dapat pada company ni . kalau dapat alhamdulillah .

20 hb ni ada lagi pertandingan perniagaan , dan pasti aku akan penat gile . lepas tu aku nak cuti . aku plan nak ke pulau lagi . mancing lagi mungkin . =)

Tuesday, November 20, 2012

Taman Negara Penang Pantai Kerachut Trip

barang-barang untuk 3 org pun dah penuh

*kat bawah sekali akan dikongsi cara-cara ke Taman Negara ni sbb dulu aku pun mencari jugak =)

Seawal jam 12.30 am kami (aku dengan Amin )bertolak dari office SISWACO setelah melunaskan kerja-kerja tertangguh , walaupun hakikatnya office tu masih tunggang langgang . Otak masing2 dah mengelamun sampai ke pantai dah , berkira-kira ikan apa yang nak dibawak naik . trip kali ni lebih kepada nak memancing sampai lebam sebenarnya . tambah lagi gadget2 yang dibawak boleh dikira taraf apartment mewah dalam hutan . 



















tilam angin , katil boleh lipat , hammock@tempat tidut tergantung tu dan alatan dapur yang lengkap , boleh dianggap melampau untuk dibawa camping .. tapi pedulik hape , janji aku senang nak lepak n makan..haha



Start je lepas asar kami akan memancing sampai ke malam , hari pertama je joran kami dah putus , kata abg boat tu yang makan tu ikan besar . pelik gak sbb mana datang gigi dia lak . port mancing tak jauh pun , kat jeti je . tak cadang pon nak mancing kat batu . takut tergelincir + bahaya la . aku bukan terer sgt berenang pun . hari 1st tu pun dapat ikan kecik2 je . jadikla . for sure isi ikan fresh ni mmg manis bila dah siap goreng . umpan kami try macam2 . ikan , sotong , cacing and so on . pendek kata sume ikan laut ni leh makan laa . 


view yang cantik melekakan aku dengan pancing yang tak seberapa tu , bile kecewa tali putus , view tu lah yang memujuk supaya tak putus asa . memancing ni memerlukan kesabaran tinggi .

equipment memancing


view memang hebat . Allah maha agung


pos pantai kerachut
Pos renjer pantai kerachut , so tak lah risau sgt






makan memang mewah la .. sume ada . siap masak ayam goreng kentucky lagi . ikan masak merah n nasik tomato .. camping hape ni ..haha





kat sini air nya masih lagi cantik , dekat dengan tempat penetasan telur2 penyu , kalau nasib baik dapat lepaskan penyu ke laut , tapi kena minta izin dulu secara bertulis . aku mmg akan repeat lagi trip ni . sape2 nak minta aku buat pon bole .. amik no aku ni 0124412558 ,, sms je . 

ni cara2 untuk ke sana

1)kalau naik bas , terus ke butterworth . dari butterworth amik feri kat jeti dan turun ke jeti penang . dari jeti penang tu akan ada bas ke Teluk bahang (memang akan turun stesen last iaitu Taman Negara Penang) . 

2)Sampai sana je terus pergi daftar sebab nanti akan dapat resit dan t tu akan ditunjukkan pada renjer kat pantai kerachut nanti . tak dikenakan bayaran pun . ada 2 cara nak sampai ke pantai kerachut . yang pertama menaiki bot , kira2 15 minit akan sampai  kos lebih kurang RM80 gak. yang kedua , trekking . best jugak dapat tngok utan . makan masa paling lama pun 1 jam 30 minit . paling cepat 30 minit la . takkan rasa penat sgt sbb kurang memanjat . 

enjoy trip kat sana yek . 

Thursday, November 8, 2012

NARSQO HOLIDAY

1)aku ada masuk keahlian satu agent traveling ni  . tapi aku start ragu2 . company ni kalau ikut rekod dia dah ada sejak tahun 2008 . itu pun aku tngok kat googgle . tapi website dia tak pernah update sejak tahun tu . ni website dia http://www.narsqo.com.my/holidays/news1.html . aku pon tak paham kenapa dia tak nak update website dia . macam tak serius berniaga pun ada .

2)company ni menjanjikan harga yang murah untuk travel ke mana2 . tapi setakat ni harga yang ditawarkan semuanya melampau jugak harganya . mula-mula aku daftar sebab aku nak make some profit organise some travel la sbb tu aku berani nak jadi ahli dia . bukan sikit rm7rat jugak aku abes .

3) aku ada bad feeling pasal company ni . aku akan cari info pasal company ni . aku menaip ni dengan harapan kalau ada yang lain nak join company ni better hold dulu la . sbb diorang ni mmg takde nak wat apa2 improvement pun

Saturday, July 28, 2012

Antara Kerja Dan Cita-cita


sejak akhir2 ni kepala aku selalu sgt sakit . nak nak kalau lepas meeting . aku paling tak suka meeting , dalam meeting ada 2 jenis org . orang yang jenis pertama ni masuk meeting dan concern dengan apa jenis info yang dibincangkan , yang jenis kedua ni masuk dalam meeting pastu buat-buat seyes dengan kerut dahi bagai , tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri . aku jenis yg akan concern dgn info2 walaupun tak semuanya aku fokus . ada jugak meeting yang aku jadi org jenis kedua ni . kadang2 melayan meeting sampai 3 meeting sehari , apa kes ?? lu PM ke bhai .. itu soalan bapak aku pada aku...(takde la kasar camtu) .


ramai yang kurang faham dengan kerja aku dan kadang2 aku pun keliru dengan kerja aku . kerja hakiki aku adalah berkenaan dengan koperasi TETAPI aku terlibat dengan UniKL , MARA , SERI ISKANDAR,JOHOR,dan akan datang AMAN JAYA,PERAK . malas aku nak cerita pecahan dari tu tapi semua yang melibatkan keusahawanan aku akan terlibat .

yang terbaru aku akan terlibat dengan satu syarikat yang akan menjalankan perniagaan printing skala besar ( banner,bunting etc) , nama company tu SISWACO SDN BHD , baru je ditubuhkan . dan part yang paling seksa , aku kena lead project dengan dibantu oleh yang lain . dan....yang terpaling seksa , sebelah mata aku moniter KOSISWA sebelah lagi moniter SISWACO... Dannnnnn .. SISWACO adalah anak syarikat KOSISWA . pening kan .. berpusing2 cerita aku . haha .


aku tak sabar nak tunggu lepas raya sebenarnya , bukan sbb aku beriya sgt nak raya , tapi ada tangungjawap yang kena aku settlekan , kewangan KOSISWA tak berapa bagus , sebelum puasa aku kerap buat meeting dengan staff untuk bincang jalan untuk make profit untuk KOSISWA . lepas raya ni semua plan tu akan dilaksanakan . kalau mengikut perancangan asal , sepatutnya semua berjalan lancar . bahu aku sekarang terasa berat bukan kepalang , sebelah KOSISWA sebelah lagi SISWACO . masa depan dua2 ni terletak pada tangan aku .


Aku pernah terfikir untuk berhenti , simpan semua barang2 aku dan kunci semua cita-cita aku dalam kotak dan cuba mulakan hidup baru kat mana2 . aku pemegang Ijazah yang flexible ( apa2 kerja pon boleh) , rasanya tak menjadi masalah besar untuk aku cari makan kat bumi Malaysia ni . dan yang pasti menyokong seratus peratus tindakan aku ni sudah pasti mak dengan ayah aku , mereka yang paling risau dengan keadaan aku sekarang yang stress memanjang ( kalau pergi camping je ok . haha) .. tapi bila aku fikirkan balik , lambat laun nanti pasti aku akan selongkar balik barang2 lama dalam kotak tu . waktu tu aku tak pasti apa yang aku rasa , waktu tu mungkin aku tak punya peluang macam sekarang . aku takkan tahu apa rasanya waktu tu .



aku mungkin antara manusia yang menempuh kegagalan paling bnyak sepanjang tempoh 100 tahun ni . mungkin ada yang lebih teruk..siapa tahu kan . tapi apa yang aku amat pasti , selagi kita tak mencuba , siapa pun tak tahu apa hasilnya kan . mungkin aku patut cuba . mana tahu ada nasib sebelahi aku . aku pun ada cara untuk tangani stress sekarang , solat dan tidur . bilamana aku lepas meeting , aku akan kunci ofis dan tidur sekejap . . bila dalam kesibukan berenti sekejap solat .

mak selalu ingatkan , jangan paksa diri nanti sakit . tapi sementara masih muda ni , nak aku pulun segalanya . nanti bila aku dah stabil , boleh aku jaga mak dengan papa . aku berangan nanti bila semuanya dah stabil , aku ada perniagaan yang aku pantau dari rumah , dan ada org2 kuat aku yang jalankan . empayar yang besar untuk pastikan sekeluarga aku selesa . insyaallah , doa mereka mengiringi aku .

 aku sebenarnya agak risau dengan keadaan sekarang masih belum bina kerjaya yang kukuh . tapi aku percaya nanti Allah akan kirimkan khabar gembira . khabar gembira untuk orang-orang yang sabar  . Amin .  

Tuesday, July 10, 2012

Cheese Nan yang bajet hot

Semalam kawan2 aku ajak makan,selalunya kalau diorang g makan mmg tmpat2 pelik la . Kalau aku bawak mmg kedai ayam penyet atas bukit je..hahaha. Kali ni diorang ajak g cheese nan yg katanya femes . Aku pun tak pernah try lagi.. On je la.

Lokasinye dekat dgn Pejabat MARA wilayah yg kat area2 MARA KL tu,nama kedai aku lupa tp kedai tu kedai arab rasanya dia jual pun nasik arab yg tak pedas n tak best n mahal nak mampos dengan roti NAn je..lain tadakk...budak2 ni makan dgn berselera tapi aku..sorry la aku rasa makanan arab bukan citarasa aku la + mahal sampai nak meninggal . TekAk aku yakleh accept daging masin dia dgn dal tawar dia...mula2 excited la makan mcm pizza,pastu rasa muak lak...

Yang penting ini pasti bukan menu pilihan 

Monday, July 2, 2012

Keep on volley babeh.. Haha

Ini adalah satu2nya sukan yang aku pandai..yang lain aku tak pandai.nak main bola lagi tak pandai..

Game yang latest ni adalah Sukan MARA Malaysia..aku wakil MARA WIlayah.dapat no 3 walaupun tak bnyak menyumbang..hahaha

Thursday, May 24, 2012

Lubuk Tedung the repeat 2012

TRIP KALI NI

Jumaat minggu lepas , seperti yang dirancang aku camping ke tempat feveret aku , Lubuk Tedung . kat belakang Zoo je . tempat ni mmg rare dan tak ramai org . dan tempat ni sgt cantik dgn air yg bersih dan dapat menembak ikan pagi petang siang malam .

Kami bertolak lewat dari city campus sbb nak nyusun barang . disebabkan ada diantara kitorang yang bawak beg kecik dan juga ada yang selfish tak nak bawak barang banyak2 , yang mana sanggup tu je la yang bawak . dan of coz la aku jadi tanker lagi . barang2 lebih sume aku angkat . tapi bila sampai kat Zoo , Meded(guider dan founder port kat lubuk tedung ni) settlekan masalah barang ni . dia bahagikan .

kalau diikutkan kami bertolak tu dah pagi , kul 12.15am . layankan je la . tak le takut sgt sbb ramai kan . trip kali ni agak laju la banding dgn trip sebelum ni . amik masa lebih kurang 3 jam setengah je . blik lak amik masa 2 jam setengah  .


ikan fresh

Aktiviti mcm biasa la , aku mmg berendam je la kat dalam air tu , sejuk dan segar . malam lak diorang gi menembak ikan . Maded dah siap buat tempat nak salai ikan . mmg terbaik la . pastu entah camana anak buah si maded (buncai) leh la main gelonsor2 kat air deras . dah jadik satu permainan baru lak kat situ .

trip kali ni tak ramai , sbb ramai cancel last minit . tp enjoy gak la . yang tak dapat g tu padan muke . trip lagi sekali tahun depan la . sebenarnya aku nak wat trip untuk 1st batch kami yang masuk dulu . tapi masing2 ada hal . mungkin lain kali kot . pas ni plan nak ke mana lak . hihi

notamalas : aku sebenarnya dah ngantuk dan malas nak naip , tp layankan jela .

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru . .


SELAMAT HARI GURU MY DEAR

Hari guru tiada apa yang terlintas dalam kepala hotak aku selain budak kenit ni . sekenit2 dia ni semangat dia kuat . impian dia besar dan tak mudah putus asa . aku suka dia . =)

kami mulai rapat lepas orientasi asrama 2000 klo tak silap aku . dan kami pernah dipaksa berduet lagu Janji Padamu-exist di check point Orientasi tu walaupun masa tu aku tak hapal , dia bantu aku ingatkan . Kitorang rajin berbalas2 surat , aku tak ingat ada berapa puluh tapi aku masih lagi simpan . Masa sekolah aku berusaha keras usha dia , malangnya dia nak fokus pada study  . kawan je la .=)

Kalau diikutkan masa , dah dekat 12 tahun kami berkawan . Dia dah berjaya dalam kerjaya dia . dah jadi cikgu dah pun . kami pun dah setuju yg kami sememangnya lebih elok jadi kawan + dia pun suka lawan cakap aku . semestinya akan jadi isteri derhaka kalau kawen nanti . so ada baiknya berkawan kan . 

Wahai cikgu yang cantik dan cute , kebelakangan ni bnyak perkara yang menimpa kau . maaf kerana tak dapat ada bila kau perlukan somebody . i wish i am doraemon . ada pintu sukahati . . . . terima kasih atas sokongan dan perhatian sepanjang kita berkawan sehingga aku jadi apa yang aku sekarang . aku doakan kejayaan akan mengiringi kau dan Rahmat Allah dikurniakan pada kau . Semoga menjadi Contoh yang terbaik dalam mendidik anak-anak kau . Tiada apa yang aku harapkan selain yang terindah untuk kau . Semoga persahabatan kita kekal ke anak cucu . 



p/s : terasa nak ajak kau dating kat rock garden sambil makan mee goreng setiap kali tengok kau pakai baju sekolah =p

Friday, April 27, 2012


Baru-baru ni aku terima sms dari kawan aku yang jauh di mata . dari apa yang aku faham , dia in the middle masalah yang agak besar . berkenaan dengan kerja dia . dan yang paling berat dia dituduh ada affair dgn  bos dia . okeh , and that is the problem .

aku macam biasa menjalani hari2 yang sibuk , tapi jauh di sudut hati aku sedih , sbb aku tak dapat ada dekat dgn dia saat dia amat memerlukan seseorang . aku sure dia amat2 perlukan seseorang . walaupun hakikatnya aku pun tak tau apa yang akan aku lakukan kalau aku ada di sana , at least mungkin aku leh hiburkan  , tenangkan or bagi beberapa cadangan yang bernas . sampai sekarang aku tunggu dia cerita perkara yang sebenar pada aku . entah macamana hari2 dia tu .


dear , kalau boleh dikongsi beban yang kau tanggung tu , mahu saja ku berikan bahu ini . kalau boleh diberi semua beban itu pun tak apa . kerana kau dah terlampau banyak menanggung beban di hatimu . dulu masa aku kita masih mentah dan lemah , hampir semua perkara kita kongsi bersama . sekarang bila kita ada daya kita dipisah dengan jarak dan masa . doa aku sentiasa mengiringi kau . aku tetap ada di belakang kau biarpun tiada yang lain . i always be ur brother bear .



Tuesday, April 24, 2012

DEMAM .

dah dekat 4 hari aku demam  . kejap kurang kejap tambah balik . selalunya kalau aku demam makan masa seminggu , tak kesah la makan ubat apa pon . aku teringin nak rehat , tp dlam minggu ni je ada xtvt keusahawanan start esok sampai lah sabtu . tido lak skang ni tak menentu , selalunya lambat la . masa tidur lak makin kurang .

aku tak suka demam , sbb kalau demam semua benda aku takleh buat .

Sunday, April 22, 2012

The Forgotten Story : Selipar

Masa dekat asrama dulu , selipar jepun mmg sgt la femes . sesiapa yang takde selipar jepun dianggap outdated dan poyo . hahahaha . selipar jepun dianggap sebagai alas kaki yang utama sebelum kasut . selipar jepun yg biasa digunakan oleh budak2 APS ni ada 2 jenis , jenama tat sing dan satu lagi aku tak ingat . jenama tat sing mahal sikit dalam rm2.50 berbanding yang satu lagi ni jenama ape entah aku lupe cuma rm1.50 . tapi ada juga
yang kaya2 tu pakai sandal . wuuyoo..tp klo ilang tak berbaloi la kan..kan . .

tp bukan itu yg aku nak cerita . =)

aku nak cerita dulu masa aku tingkatan 1 , aku sudah tangkap cintan sama senior pompuan aku . sebabnye , dia layan aku sgtlah elok dan sgtlah lemah lembut . setiap kali aku jumpe dia aku mesti ajak dia berborak . dia lak rajin melayan aku . punyalah syok aku dgn senior ni sampai lah aku ukir nama dia ( conteng sebenarnya) atas selipar jenis tat sing . (selipar tat sing ni korang leh tanggalkan plastik yg melekat kat atas dia lepas toreh dgn pisau . dak asrama je tau skill ni ) lepas siap je aku pon terfikir , ni dah kira aku pijak dia ni sbb selipar kan pakai kat kaki . baik aku letak nama senior2 lelaki yg kuat membuli tu . ahh , nak wat camana . itu je selipar tat sing yang aku ada . hahaha .

ramai org tegur aku , ni apebenda nama ko letak ni , semua org tak dapat baca apa yg aku buat kat selipar tu sbb aku gunakan singkatan je . hasilnya agak memuaskan bile aku dapat pakai selipar tu agak lama sbb takde org nak rembat ,  mungkin sbb tulisannya yg agak annoying tu . =)

Friday, April 20, 2012

The forgotten story : Pokok Kaktus


Masa zaman Asrama Pusat Segamat dulu , kat belakang toilet ada pokok kaktus . pokok kaktus tu hidup subur . mungkin makanan dia taik-taik budak2 asrama tu kan . hahahaha... . Asalnya pokok tu tak femes pon , tp disebabkan tak tau la siapa yang mula dulu menconteng nama-nama sendiri , yang couple tu sibuk la ukir nama dia dgn couple dia , sweet la kononnye . bontot aku la sweet . haha . akhirnya hampir kesemua daun2 kaktus tu jahanam dikerjakan dak2 asrama ni . ada jugak yang menunggu giliran tunggu daun baru tumbuh , belum sempat matang daun tu dah ditulis . 

pada masa tu , kalau tak dapat nak couple tu tulis nama kat daun tu kira macam wish list la kan . tak tau la hidup lagi ke tidak pokok tu.  =)

Wednesday, April 18, 2012

The forgotten story : Curi stokin


ini kisah masa aku masih lagi berhingus dan aktif menulis surat cinta menggunakan test pad yg aku beli dari pekan jabi ( pekan cina yg dekat dgn asrama) . dekat asrama boleh dikatakan apa sahaja daripada kapur kasut sampai lah kasut , dari benang jahit baju sampai lah baju dan sebagainya mempunyai risoko untuk ilang  sbb kaki sapu bnyak .

nak dijadikan cerita hangat ye tuan-tuan dan puan-puan , stokin aku ilang . walaupun itu perkara normal tp bagi aku itu tidak normal sbb tu je la stokin yg aku ada . si penyamun stokin pulak tak peduli stokin tu bau paeng sekali pun , janji tak kena saman masa spot check kat sekolah nanti . tapi ... takkan aku lak yg kena saman nanti . tak berduit aku .

aku harus memikirkan langkah bijak dan kreatif agar aku tak disaman nanti . walaupun saman setakat 50 sen je tapi harus diingat , 50 sen dapat tempe kot . tak boleh jadi ni . bas dah tunggu , budak2 semua dah berlari2 ke arah bas takut ditinggal nanti . aku mencari-cari juga mana2 stokin mana tau ada rezeki , aku lak merembat kan . tp yg aku jumpa cuma sebelah je stokin . takkan aku nak pakai sebelah je , nanti dia nak tnggok dua2 belah kantoi lak . ok takpe , aku kuarkan gunting , aku gunting hujung stokin tu , lepas tu aku bahagi dua stokin tu . nah , sekarang aku dah sepasang stokin yg cuma mampu menampung dari tumit ke buku lali sahaja , jari aku dibiarkan bogel . hahahaha .

hasilnya , aku lulus dengan cemerlang apabila tidak ditahan pengawas walaupun mereka agak ragu-ragu dengan rekabentuk stokin tu . ye la , dah kena potong kan , mana ada grip lagi . apapun , cara ini telah diguna pakai oleh kawan2 yg lain dan ternyata berkesan . dan yang paling penting untuk pengetahuan umum , kalau nampak budak2 pakai stokin mcm ni , sah la dia dak asrama . sbb kat umah mana ada curik2 stokin . hahahahaha

Wednesday, April 11, 2012

PERUBAHAN HORMON AGAKNYEE. . . . .


Masalah utama aku sekarang adalah bangun lewat pergi kerja . walaupun takde effect apa2 sbb hakikatnya aku lah bos , tp ini satu amalan kerja yang tidak sihat . aku dapat rasakan antibody dalam badan aku ni makin slow . adakah disebabkan aku kurang bersukan ataupun penggunaan otak yg ekstrem . and yes , aku sedikit rasa tidak selesa dengan bebanan kerja . aku taknak sebut ia sebagai tekanan , macam berat sgt lak , aku rasa takde lah berat sgt kerja yang aku buat kalau dibandingkan dgn bahtiar ( Penasihat aka boss besar ) . so mulai hari ni walaupun mcm poyo je kan tp aku pasang niat nak bangun awal . supaya bnyak kerja aku leh wat . mmg betul aku masuk kerja 930 blik kerja kul 11 mlm tp kalau melibatkan untuk aku ke office2 lain masalah sbb diorang ikut office hour bekerja . 


Aku seolah2 imun pada jam loceng . bunyik la satu jam pun belum tentu dapat bangun kan aku . yang kejutkan aku pagi2 selalunya adik ponpuan aku . itu pun menjerit kuat2 baru aku bangun . rasa mcm nak bela ayam laa.


dan yang paling masalah ialah entah bape juta kali subuh aku langgar . aku berdoa Allah gerakkan lah hati aku setiap pagi untuk aku tunaikan tangungjawap aku yg satu ni . 


Aku dah kena start berubah . kena bangun awal . dulu masa diploma ok je tido 4 jam cukup . sekarang ni kalo tak 7 jam tak leh lak . need to do somethhing . . . later.

Sunday, March 25, 2012

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAP . . .

Sape nak tanggung . . sape nak jawap . . ha..ni dia orgnye yang akan jawap semua tu . . hahaha

lama sgt aku tak dapat nak update . kerja menimbun2 dan aku mcm buat2 lupe lak yang aku tidur 5 setengah jam sehari . 5 jam mcm biasa la , setengah jam lagi di pertengahan waktu aku kerja , yang mana aku rasa letih sgt smpai tak leh nak pk ape , terutamanya lepas meeting . . aku akan amik masa sikit tidur laa..lepas tu nak stay smapi tengah malam pon ok . sekarang aku suka dok office sampai malam . best =)

asalnya aku mmg tak suke benda2 tanggungjawap ni . tp sejak jadi pengerusi atau aku lagi suka sebut chairman sbb leh berlagak dgn u all2 yg poyo2 dgn aku dulu . . terutamanya dekan aku yang tak suke aku . haha . ..sejak tu aku mule amik serius tentang perkara2 yg berkenaan tanggungjawap . bila org tnye skop kerja aku , aku susah nak jawap sbb . . . bnyak sgt . antara skop kerja utama aku adalah :

1) cari duit untuk koperasi  .think think and think apa jua cara yang halal untuk generate income yg for sure benefitnye ahli la yang dapat .
2)Monitor staff2 supaya diorang ni tau kerja diorang . takleh dibiarkan tanpa arahan  .kang main facebook .
3)Menjaga semua premis di bawah kosiswa termasuk cawangan2 yang lain . total ada 8
4)menbantu siswa2 yang baru nak mula niaga . sediakan pinjaman tanpa faedah dan bantu dari segi mentoring free of charge .
5)Membantu UniKL dalam usaha melahirkan lagi usahawan siswa .
6)blaa bla.bla bla
7)bla..bla..blaa. blaaaa

apa pun yang paling sakit kepala bila datang seru dari atas , target keuntungan pada tahun depan nak 1 juta . tp gua rilek . simpan dulu sakit kepala tu minggu depan ke kan...hahaha . tp , benda tu tak mustahil . dah ada planning dah pun.

Mak dan bapak aku selalu bising jgn blik kerja malam2 , kena cukup rehat . ye aku faham . tp aku nak prepare something untuk diorang gak . aku nak senangkan diorang . alaa..aku susah sikit takpe , yang penting diorang happy . .  .sebenarnya kalau ikutkan hati aku nak je quit then fokus pada family aku . nak develop some family business yang leh menampung mak n ayah aku . tp tanggungjawap aku masih belum selesai kat sini .

Sekarang title 'sombong' tu makin serasi dengan aku . sbb kadang2 tak sempat nak tegur kawan2  , kerja bnyak . dulu lain la student kan . sorry geng .

31hb ni mesyuarat agung . lepas ni aku mungkin bukan aku yang akan jadi chairman lagi . tp aku tak kesah sebenarnya sbb semua projek still lagi aku yang jalankan  . dapat lah aku fokus pada anak syarikat KOSISWA . . SISWACO . .macam main terbalik2 nama je kan .

aku tak bagus dalam belajar . pointer pon entah hape2 . tp inilah bidang aku dan aku rasa aku cemerlang dalam bidang ni . tak mungkin aku akan kerja dalam bidang kejuruteraan tp kalau aku terlibat gak dalam kejuruteraan , mungkin aku jadi supplier kot . . hahaha

aku suka kerja aku + aku rindu kawan2 aku

Monday, February 6, 2012

retreat KOSISWA 2012


Minggu lepas Jumaat sampai Ahad aku g Retreat ( aku pon tak paham ape maksud dia ni ) kat cameron Highland . pada yang tak tau ape tu retreat , dia mcm planning mcmana nak baguskan lagi company tu dengan cara planning pastu kena wat la . kat cameron ni kitorang kena wat planning untuk 5 tahun akan datang . takde la stress sgt sbb sana dah sejuk nak mampos . Bungalow yang kitorang sewa takde kipas apatah lagi air cond . aku tido pakai sleeping bag . . Sewa Bungalow ni kat puncak Arabella .

ni antara ALK KOSISWA UniKL MALAYSIA BERHAD . walaupun planning untuk 5 tahun , untuk 2 tahun yang akan datang aku pon tak sure aku masih lagi dalam koperasi ni , kalau ada pon aku mesti demand gaji..hihi . planning agak besar dan dah berani main duit juta2...so aku kena prepare nak kasi pecah kepala

aku suka dengan kerja aku sekarang walaupun aku agak stress

Wednesday, February 1, 2012

Damailah kau di sana . . al - fatihah

*sorry kualiti gambar kureng sbb copy paste dari fb anak dia , sharol . 


Mak cik , makcik selalu gelakkan saya sbb belajar tak abes2 .

sampai sekarang saya ingat lagi ayat makcik " agaknye sampai telur jenggo melayot la yek jenggo blajo " . kalau
 teringat ayat makcik mesti saya tergelak . 

dari saya kurus masa sekolah sampailah saya membesar dengan sihat saya masih sempat lagi rasa masakan
 makcik bila ikut sharol jengok makcik kat kampung . borak dengan makcik ni best sbb makcik klo borak siap dgn 
gaya bagai . bila nak blik je mesti makcik bawakkan bekal pastu makcik suka pesan " berkawan elok2 " .

Allah lebih sayangkan makcik , tak sangka cepat betul makcik pergi . rasa macam baru je jumpe makcik beberapa
 bulan lepas . saya pasti ramai yg merasai pemergian makcik terutamanya anak2 makcik .

kalaulah berpeluang , saya nak mintak halal makan minum selama saya kenal makcik . saya tak pernah marah dgn
 gurauan makcik dan saya halalkan semuanya . saya sayang makcik macam mak saya sendiri .

dah takde lagi gurau senda makcik , dah takde lagi lauk pauk yang meriah bile saya jenguk makcik .

Ya Allah , tempatkan dia dalam golongan mereka yang kau redhai . damai lah kau di sana .

Terima kasih makcik .

Monday, January 30, 2012

PPOL (Pertandingan Perniagaan Online)

start dari kelmarin (Sabtu ) selama 3 minggu PPOL akan berlangsung . senang citer pertandingan perniagaan tapi kena menjual melalui online .

so dalam kebelakangan ni bnyak sgt meeting n bnyak sgt org nak meeting dengan aku , tu belum campur meeting kat MARA lagi . seyes , skang lepas aku masuk meeting mesti aku sakit kepala . Ubat dia senang , tido sekejap ok la tu . aku tak nak kena migrain . lagi pon mak aku mesti membebel kalau aku kasitau aku sakit kepala lagi .

mak dgn papa dah pencen , otak aku ligat nak bg diorang wat business ape yek kat umah . aku tak nak diorang pasif . minggu rasa mcm nak blik jap . tp mcm tak sempat jek .

jumaat sabtu ahad ni ada retreat kat cameron . bincang planning company 5 tahun akan datang , barai la otak aku . yang paling nyata mmg kurang tido , idea diperah kaw-kaw ... T.T

Sunday, January 15, 2012

Journey to the south

Jumaat ari tu papa call soh balik sebab mak demam . aku malas nak blik . wat keje kat opis lagi feel . tapi bile fikir balik sementara ada mak bapak ni balik la kan . kita pon tak tau bile Allah nak amik diorang balik . Aku amik bas balik sbb road tax lom bayar + malas . yang paling aku malas kena amik bas kat Terminal Bas selatan (TBS) . aku mmg tak pernah ke sana . aku redah je la lepas tnye kakak aku jalan . 

KAGUM ...
itulah perasaan aku bile sampai ke TBS ni . dah macam airport dah . sistem beli tiket pon sgt lah canggih siap ada nama gua lagi kat situ . so orang takleh curik tiket aku..hahaha .



Ni ruang menunggu bas . yang paling penting ada air cond dan bebas asap . kalau rajin boleh main tukar2 tempat duduk . kerusi ni besi so klo duduk bontot sejuk..haha

 tak yah huru hara nak tanya kat kaunter dah sampai ke belum bas . kat skrin tu terpampang dah . klo tanye gak memang mintak kena maki la
ni la bas cepat ekspress yang aku rasa selesa la . nasib aku baik la dapat seat yang besar . kalau bas lama seat dia kecik2 .. 

Kat umah bapak gua soh gua bercucuk tanam lak kan . takpe la . lagi sebulan gua leh tuai hasil ni .at least ada gak keje gua buat...=D




ni panorama yang aku sempat rakam masa balik tadi . nak trun bas pon rebut . macam la bas tu set masa sape lambat kena anta balik kampung semula . haiss....


berbaloi gak aku balik . abes duit pon tak sampai 100 . klo naik kete cecah2 gak la kan . leh blik naik bas lagi ni .

Thursday, January 5, 2012

LOKAP . . . NERAKA DUNIA ....

Ramai student yang berani mencabar kedaulatan negara dan juga undang-undang . kadang2 mereka ni malas nak fikir ape kesan nye . kalau mereka fikir habes takkannye berani nak wat semua tu . 

Kat sini aku nak share kisah kawan aku . =p . dimasukkan lokap kerana khianat . nak cerita panjang intro dia . so aku skip je la to part yang berkenaan dengan neraka dunia ni . 

Roy ( bukan nama sebenar) menyerah diri pada pihak polis di balai polis cheras pada tengahari , Jumaat , 20 Ogos 2010 . minggu pertama Puasa . ( kalau tak silap ) apabila dapat berita kawan dia kena tangkap atas pertuduhan kongsi gelap , ugut , samun dan pukul . Asalnya Roy ingat perkara ni boleh settle dengan dia pergi menyerah diri . tapi silap , Polis melayan mereka yang masuk dalam lokap sama rata . takde kurang lebih ada . Polis takkan tanya sape nak berak or kencing , lapar ke tak or sakit ke tak . tak macam yang digembar gembur dalam media yang kata polis jaga kebajikan orang2 yang masuk lokap . tapi ada logiknye . kau dah wat salah lagi mau layan bagus ka .!! .  

yang satu sel dengan Roy masing-masing melakukan jenayah samun , gaduh , curi kereta dan macam2 lagi . ini adalah pertama kali roy masuk lokap balai so agak goyang la kan . menunggu masa dari tengahari sehingga ke petang adalah satu jangka masa yang lama sebelum lebih kurang pukul 5 Roy disoal siasat . Roy kenyang dengan maki hamun polis2 kat balai cheras tu . takde sape yang tahu Roy kena khianat yang tau cuma Roy dan kawan2 lain yang memang takde dalam lokap tu . selepas diseksa mental serta diambil cap jari Roy dihanta ke Penjara Polis di bukit jalil . Roy sekali lagi ditempatkan dalam lokap kecil sementara menunggu giliran untuk menukar baju berwarna Ungu . Agak merisaukan kerana ada juga penghuni baru yang menanti masing2 di kiri dan kanan Roy dah  yang paling best diorang mat fit . Takut jugak berjangkit apa2 penyakit kan . 

Selepas tukar baju Ungu yang agak kain guni tu , kali ni Roy Ditempatkan di ruang Lokap menunggu yang lebih besar , waktu tu maghrib . hanya mampu menahan genang airmata apabila langsung tidak diberi makanan untuk berbuka . makanan nasi bungkus sekadar diletakkan di tepi pintu . setelah lebih kurang 10 minit barulah makanan diedarkan . Nasi bungkus berlaukkan ikan yg sebesar anak ikan separuh dan sayur tauger 4-5 helai seta kuah yang amat cair macam air teh tetap membuka selera Roy dan rasa amat bersyukur kerana itu santapan paling enak buat Roy . 

sesudah maghrib Roy dibawa ke Blok C iaitu blok penjara yang ketiga , penjara itu menempatkan seramai 2000 lebih pesalah2 . ada 3 blok lelaki dan 1 blok untuk perempuan . hari itu adalah hari pertama Roy di penjara Polis Bukit Jalil berkongsi sel dengan  semua kaum di Malaysia . dengan beralaskan kayu kadang2 simen berbantalkan lengan sendiri , membuatkan Roy terfikir2 bila hari terakhirnya di situ . 

Roy kurang bercakap hanya banyak termenung dengan tidak mengetahui masa kerana tidak ada Jam yang dipamerkan di situ serta tidak mengetahui malam atau siang kerana kawasan itu dikepung . bila Roy dapat keluar pun apabila disoal siasat di balai . faham2lah soal siasat polis kalau tak pukul bukan polis namanya , kenyang juga disesah dengan  paip pvc penampar polis . setiap hari Roy hanya bersarapan roti dua keping dan teh o suku plastik . untuk bagi kenyang air teh tu ditambah dengan air biasa supaya puas minum . tengahari dan malam pula macam biasa nasi bungkus , apa sahaja yang disediakan Roy takkan sia2kan . dimakan hingga licin . bila mandi , takde apa yang nak dimalukan lagi , berbogel lah di jamban yang mmg tidak berpintu dan berbumbung itu . apa yang nak dimalukan lagi , masuk ke lokap pun dah cukup malu dah . kalau nak berak pun takde sape peduli . walaupun hakikatnya jamban tu sebelah tempat tidur je tapi semuanya seolah2 biasa . 

pada hari ke 7, jumaat ..Roy dibebaskan apabila ke ditarik balik . semua atas usaha adik beradik Roy yang nego dengan si tukang report  . bila Roy melangkah ke luar balai Cheras tiada apa yang difikirkan hanya berjalan tanpa henti kerana risau akan ditangkap semula . seperti baru melihat dunia luar , Roy hanya mengikut kaki nye kemana saja ia melangkah . baginya menikmati alam sekitar adalah sesuatu yang amat indah . 7 hari angka yang sgt menyeksa di dalam sana . tak tahu macamana Roy sampai ke tren Chan sow lin star LRT . tanpa berlengah dibeli tiket ke stesen Sogo . duit yang ada di tangannya hanya cukup2 untuk tren . dari Sogo sampai ke kampung baru Roy terus berjalan tanpa berhenti . Roy tidak terus balik ke Rumah tapi terus ke hospital untuk buat medical checkup  .khuatir kena apa2 penyakit . Alhamdulillah semuanya ok . selama lebih kurang seminggu Roy berkurung di Rumah kerana trauma . dan yang paling memberi tamparan hebat , dia dikhianati sendiri oleh kawannya . tapi syukurlah dia belajar dari kesilapan . 

Peristiwa 7 hari di neraka dunia dimanfaatkan sepenuhnya . banyak yang dipelajari di sana tapi untuk kembali ke sana bukan lah satu pilihan yang bijak . harus berhati2 mulai sekarang . sekarang hidup Roy semakin berubah dan berjaya  . namun peristiwa hitam itu masih lagi melekat di minda nya . 


inilah lokap yang ada di balai polis . ada yang lagi teruk .



pintu masuk ke penjara Polis , lebih kurang macam ni la . ada banyak pintu nak masuk tu . kalau nak lari mmg mustahil la


tempat tido macam ni lah rupa dia . mmg bukan pilihan kan . 


penjara bukan destinasi percutian . =)