aku menulis untuk meluah apa yang aku mahu . untuk siapa dan untuk apa bukan persoalan . blog ini tidak sehangat blog gosip , sekurang-kurangnya aku jujur bila berkarya .dan itu buat aku lega .
Wednesday, April 18, 2012
The forgotten story : Curi stokin
ini kisah masa aku masih lagi berhingus dan aktif menulis surat cinta menggunakan test pad yg aku beli dari pekan jabi ( pekan cina yg dekat dgn asrama) . dekat asrama boleh dikatakan apa sahaja daripada kapur kasut sampai lah kasut , dari benang jahit baju sampai lah baju dan sebagainya mempunyai risoko untuk ilang sbb kaki sapu bnyak .
nak dijadikan cerita hangat ye tuan-tuan dan puan-puan , stokin aku ilang . walaupun itu perkara normal tp bagi aku itu tidak normal sbb tu je la stokin yg aku ada . si penyamun stokin pulak tak peduli stokin tu bau paeng sekali pun , janji tak kena saman masa spot check kat sekolah nanti . tapi ... takkan aku lak yg kena saman nanti . tak berduit aku .
aku harus memikirkan langkah bijak dan kreatif agar aku tak disaman nanti . walaupun saman setakat 50 sen je tapi harus diingat , 50 sen dapat tempe kot . tak boleh jadi ni . bas dah tunggu , budak2 semua dah berlari2 ke arah bas takut ditinggal nanti . aku mencari-cari juga mana2 stokin mana tau ada rezeki , aku lak merembat kan . tp yg aku jumpa cuma sebelah je stokin . takkan aku nak pakai sebelah je , nanti dia nak tnggok dua2 belah kantoi lak . ok takpe , aku kuarkan gunting , aku gunting hujung stokin tu , lepas tu aku bahagi dua stokin tu . nah , sekarang aku dah sepasang stokin yg cuma mampu menampung dari tumit ke buku lali sahaja , jari aku dibiarkan bogel . hahahaha .
hasilnya , aku lulus dengan cemerlang apabila tidak ditahan pengawas walaupun mereka agak ragu-ragu dengan rekabentuk stokin tu . ye la , dah kena potong kan , mana ada grip lagi . apapun , cara ini telah diguna pakai oleh kawan2 yg lain dan ternyata berkesan . dan yang paling penting untuk pengetahuan umum , kalau nampak budak2 pakai stokin mcm ni , sah la dia dak asrama . sbb kat umah mana ada curik2 stokin . hahahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hohohoh. macam tu rupenya! hahaha
mesti ko tak tau kan.haha
Post a Comment