Masa dekat asrama dulu , selipar jepun mmg sgt la femes . sesiapa yang takde selipar jepun dianggap outdated dan poyo . hahahaha . selipar jepun dianggap sebagai alas kaki yang utama sebelum kasut . selipar jepun yg biasa digunakan oleh budak2 APS ni ada 2 jenis , jenama tat sing dan satu lagi aku tak ingat . jenama tat sing mahal sikit dalam rm2.50 berbanding yang satu lagi ni jenama ape entah aku lupe cuma rm1.50 . tapi ada juga
yang kaya2 tu pakai sandal . wuuyoo..tp klo ilang tak berbaloi la kan..kan . .
tp bukan itu yg aku nak cerita . =)
aku nak cerita dulu masa aku tingkatan 1 , aku sudah tangkap cintan sama senior pompuan aku . sebabnye , dia layan aku sgtlah elok dan sgtlah lemah lembut . setiap kali aku jumpe dia aku mesti ajak dia berborak . dia lak rajin melayan aku . punyalah syok aku dgn senior ni sampai lah aku ukir nama dia ( conteng sebenarnya) atas selipar jenis tat sing . (selipar tat sing ni korang leh tanggalkan plastik yg melekat kat atas dia lepas toreh dgn pisau . dak asrama je tau skill ni ) lepas siap je aku pon terfikir , ni dah kira aku pijak dia ni sbb selipar kan pakai kat kaki . baik aku letak nama senior2 lelaki yg kuat membuli tu . ahh , nak wat camana . itu je selipar tat sing yang aku ada . hahaha .
ramai org tegur aku , ni apebenda nama ko letak ni , semua org tak dapat baca apa yg aku buat kat selipar tu sbb aku gunakan singkatan je . hasilnya agak memuaskan bile aku dapat pakai selipar tu agak lama sbb takde org nak rembat , mungkin sbb tulisannya yg agak annoying tu . =)
No comments:
Post a Comment