Wednesday, April 18, 2012

The forgotten story : Curi stokin


ini kisah masa aku masih lagi berhingus dan aktif menulis surat cinta menggunakan test pad yg aku beli dari pekan jabi ( pekan cina yg dekat dgn asrama) . dekat asrama boleh dikatakan apa sahaja daripada kapur kasut sampai lah kasut , dari benang jahit baju sampai lah baju dan sebagainya mempunyai risoko untuk ilang  sbb kaki sapu bnyak .

nak dijadikan cerita hangat ye tuan-tuan dan puan-puan , stokin aku ilang . walaupun itu perkara normal tp bagi aku itu tidak normal sbb tu je la stokin yg aku ada . si penyamun stokin pulak tak peduli stokin tu bau paeng sekali pun , janji tak kena saman masa spot check kat sekolah nanti . tapi ... takkan aku lak yg kena saman nanti . tak berduit aku .

aku harus memikirkan langkah bijak dan kreatif agar aku tak disaman nanti . walaupun saman setakat 50 sen je tapi harus diingat , 50 sen dapat tempe kot . tak boleh jadi ni . bas dah tunggu , budak2 semua dah berlari2 ke arah bas takut ditinggal nanti . aku mencari-cari juga mana2 stokin mana tau ada rezeki , aku lak merembat kan . tp yg aku jumpa cuma sebelah je stokin . takkan aku nak pakai sebelah je , nanti dia nak tnggok dua2 belah kantoi lak . ok takpe , aku kuarkan gunting , aku gunting hujung stokin tu , lepas tu aku bahagi dua stokin tu . nah , sekarang aku dah sepasang stokin yg cuma mampu menampung dari tumit ke buku lali sahaja , jari aku dibiarkan bogel . hahahaha .

hasilnya , aku lulus dengan cemerlang apabila tidak ditahan pengawas walaupun mereka agak ragu-ragu dengan rekabentuk stokin tu . ye la , dah kena potong kan , mana ada grip lagi . apapun , cara ini telah diguna pakai oleh kawan2 yg lain dan ternyata berkesan . dan yang paling penting untuk pengetahuan umum , kalau nampak budak2 pakai stokin mcm ni , sah la dia dak asrama . sbb kat umah mana ada curik2 stokin . hahahahaha

2 comments:

ღnFashyaღ said...

hohohoh. macam tu rupenya! hahaha

prof_jenggo said...

mesti ko tak tau kan.haha