Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru . .


SELAMAT HARI GURU MY DEAR

Hari guru tiada apa yang terlintas dalam kepala hotak aku selain budak kenit ni . sekenit2 dia ni semangat dia kuat . impian dia besar dan tak mudah putus asa . aku suka dia . =)

kami mulai rapat lepas orientasi asrama 2000 klo tak silap aku . dan kami pernah dipaksa berduet lagu Janji Padamu-exist di check point Orientasi tu walaupun masa tu aku tak hapal , dia bantu aku ingatkan . Kitorang rajin berbalas2 surat , aku tak ingat ada berapa puluh tapi aku masih lagi simpan . Masa sekolah aku berusaha keras usha dia , malangnya dia nak fokus pada study  . kawan je la .=)

Kalau diikutkan masa , dah dekat 12 tahun kami berkawan . Dia dah berjaya dalam kerjaya dia . dah jadi cikgu dah pun . kami pun dah setuju yg kami sememangnya lebih elok jadi kawan + dia pun suka lawan cakap aku . semestinya akan jadi isteri derhaka kalau kawen nanti . so ada baiknya berkawan kan . 

Wahai cikgu yang cantik dan cute , kebelakangan ni bnyak perkara yang menimpa kau . maaf kerana tak dapat ada bila kau perlukan somebody . i wish i am doraemon . ada pintu sukahati . . . . terima kasih atas sokongan dan perhatian sepanjang kita berkawan sehingga aku jadi apa yang aku sekarang . aku doakan kejayaan akan mengiringi kau dan Rahmat Allah dikurniakan pada kau . Semoga menjadi Contoh yang terbaik dalam mendidik anak-anak kau . Tiada apa yang aku harapkan selain yang terindah untuk kau . Semoga persahabatan kita kekal ke anak cucu . 



p/s : terasa nak ajak kau dating kat rock garden sambil makan mee goreng setiap kali tengok kau pakai baju sekolah =p

No comments: