baru2 ni aku still lagi cuba clearkan list2 kawan yang aku tak berapa kenal dan dipindahkan ke facebook yg baru . aku rasa aku perlukan sedikit ruang untuk hidup peribadi aku . aku terasa ramai lak mata2 yang stalk aku walaupun friendlist setakat 1500 je . pending request lagi berlambak . mungkin nampak mcm 'bajet hot' , tapi relevan nya setiap kali aku buat apa2 event , depa akan mintak FB aku . so , sekarang aku dah tak risau sbb ada facebook untuk semua jenis lapisan masyarakat . hahaha . sape yg kena remove tu harap tak amik hati la kan .
baru2 ni aku bertegang urat dengan kenalan masa sekolah dulu . walaupun aku cuma menaip dekat FB tapi jelas aku terasa urat aku tegang sbb mamat tu ajak aku masuk MLM . sorry la , aku mmg menolak sekeras2nya MLM . ada bnyak cara untuk kaya tapi yg pasti bukan MLM . aku ada sebab yg aku rasa aku tak nak join . yang lain nak kata apa pon pergi la jahanam . MLM takkan buat kau kaya sampai mati . sure ! . aku bakal hantar mamat ni ke facebook satu lagi . sbb dia annoying dan yang paling tak boleh blah memandang rendah dengan kerja2 yang untungnye ciput katanya , contoh mcm jual kuih or paper . pelik mindset org MLM . walaupun ciput at least tau sumber tu dari mana .
Sekarang ramai yang gunakan facebook untuk mcm2 kegunaan . ada yg guna untuk dakwah , bisnes , carik kawan , stalker org lain .ada ramai kawan aku cari aku balik sbb aku tinggalkan no fon aku kat situ . in case apa2 kan . tapi ramai gak yang carik aku untuk ajak aku masuk business yg bukan2 . haisshh . gua lak selalunya mmg guna untuk wat business la kan . hihihi
Dah nak hujung tahun dah . kepala otak aku makin serabut . duit company cuma tinggal cukup untuk 2 bulan . aku lebih suka duduk ofis dari duduk rumah . sbb aku mmg nak generate duit . kat ofis aku akan cambahkan idea2 untuk create duit . walaupun kadang2 aku cerita kat adik beradik or kawan2 , nampak mcm berat sgt je idea aku tu tapi aku yakin boleh buat , cuma kekangan masa aku je yang jadi masalah . tapi aku takleh give up . aku nk bela mak bapak aku , sbb tu kena ada duit bnyak . tak kesah lah kalau adik beradik yang lain tak nak fikir , aku letakkan sume tu atas bahu aku . kalau ada yang tanya kenapa aku kerja menggila , ni lah sebabnye . Untuk company pulak , aku harap2 business jubah tu akan dapat pada company ni . kalau dapat alhamdulillah .
20 hb ni ada lagi pertandingan perniagaan , dan pasti aku akan penat gile . lepas tu aku nak cuti . aku plan nak ke pulau lagi . mancing lagi mungkin . =)
No comments:
Post a Comment