barang-barang untuk 3 org pun dah penuh
*kat bawah sekali akan dikongsi cara-cara ke Taman Negara ni sbb dulu aku pun mencari jugak =)
Seawal jam 12.30 am kami (aku dengan Amin )bertolak dari office SISWACO setelah melunaskan kerja-kerja tertangguh , walaupun hakikatnya office tu masih tunggang langgang . Otak masing2 dah mengelamun sampai ke pantai dah , berkira-kira ikan apa yang nak dibawak naik . trip kali ni lebih kepada nak memancing sampai lebam sebenarnya . tambah lagi gadget2 yang dibawak boleh dikira taraf apartment mewah dalam hutan .
tilam angin , katil boleh lipat , hammock@tempat tidut tergantung tu dan alatan dapur yang lengkap , boleh dianggap melampau untuk dibawa camping .. tapi pedulik hape , janji aku senang nak lepak n makan..haha
Start je lepas asar kami akan memancing sampai ke malam , hari pertama je joran kami dah putus , kata abg boat tu yang makan tu ikan besar . pelik gak sbb mana datang gigi dia lak . port mancing tak jauh pun , kat jeti je . tak cadang pon nak mancing kat batu . takut tergelincir + bahaya la . aku bukan terer sgt berenang pun . hari 1st tu pun dapat ikan kecik2 je . jadikla . for sure isi ikan fresh ni mmg manis bila dah siap goreng . umpan kami try macam2 . ikan , sotong , cacing and so on . pendek kata sume ikan laut ni leh makan laa .
equipment memancing
view memang hebat . Allah maha agung
Pos renjer pantai kerachut , so tak lah risau sgt |
makan memang mewah la .. sume ada . siap masak ayam goreng kentucky lagi . ikan masak merah n nasik tomato .. camping hape ni ..haha
kat sini air nya masih lagi cantik , dekat dengan tempat penetasan telur2 penyu , kalau nasib baik dapat lepaskan penyu ke laut , tapi kena minta izin dulu secara bertulis . aku mmg akan repeat lagi trip ni . sape2 nak minta aku buat pon bole .. amik no aku ni 0124412558 ,, sms je .
ni cara2 untuk ke sana
1)kalau naik bas , terus ke butterworth . dari butterworth amik feri kat jeti dan turun ke jeti penang . dari jeti penang tu akan ada bas ke Teluk bahang (memang akan turun stesen last iaitu Taman Negara Penang) .
2)Sampai sana je terus pergi daftar sebab nanti akan dapat resit dan t tu akan ditunjukkan pada renjer kat pantai kerachut nanti . tak dikenakan bayaran pun . ada 2 cara nak sampai ke pantai kerachut . yang pertama menaiki bot , kira2 15 minit akan sampai kos lebih kurang RM80 gak. yang kedua , trekking . best jugak dapat tngok utan . makan masa paling lama pun 1 jam 30 minit . paling cepat 30 minit la . takkan rasa penat sgt sbb kurang memanjat .
enjoy trip kat sana yek .
No comments:
Post a Comment