ramai yang kurang faham dengan kerja aku dan kadang2 aku pun keliru dengan kerja aku . kerja hakiki aku adalah berkenaan dengan koperasi TETAPI aku terlibat dengan UniKL , MARA , SERI ISKANDAR,JOHOR,dan akan datang AMAN JAYA,PERAK . malas aku nak cerita pecahan dari tu tapi semua yang melibatkan keusahawanan aku akan terlibat .
yang terbaru aku akan terlibat dengan satu syarikat yang akan menjalankan perniagaan printing skala besar ( banner,bunting etc) , nama company tu SISWACO SDN BHD , baru je ditubuhkan . dan part yang paling seksa , aku kena lead project dengan dibantu oleh yang lain . dan....yang terpaling seksa , sebelah mata aku moniter KOSISWA sebelah lagi moniter SISWACO... Dannnnnn .. SISWACO adalah anak syarikat KOSISWA . pening kan .. berpusing2 cerita aku . haha .
aku tak sabar nak tunggu lepas raya sebenarnya , bukan sbb aku beriya sgt nak raya , tapi ada tangungjawap yang kena aku settlekan , kewangan KOSISWA tak berapa bagus , sebelum puasa aku kerap buat meeting dengan staff untuk bincang jalan untuk make profit untuk KOSISWA . lepas raya ni semua plan tu akan dilaksanakan . kalau mengikut perancangan asal , sepatutnya semua berjalan lancar . bahu aku sekarang terasa berat bukan kepalang , sebelah KOSISWA sebelah lagi SISWACO . masa depan dua2 ni terletak pada tangan aku .
Aku pernah terfikir untuk berhenti , simpan semua barang2 aku dan kunci semua cita-cita aku dalam kotak dan cuba mulakan hidup baru kat mana2 . aku pemegang Ijazah yang flexible ( apa2 kerja pon boleh) , rasanya tak menjadi masalah besar untuk aku cari makan kat bumi Malaysia ni . dan yang pasti menyokong seratus peratus tindakan aku ni sudah pasti mak dengan ayah aku , mereka yang paling risau dengan keadaan aku sekarang yang stress memanjang ( kalau pergi camping je ok . haha) .. tapi bila aku fikirkan balik , lambat laun nanti pasti aku akan selongkar balik barang2 lama dalam kotak tu . waktu tu aku tak pasti apa yang aku rasa , waktu tu mungkin aku tak punya peluang macam sekarang . aku takkan tahu apa rasanya waktu tu .
aku mungkin antara manusia yang menempuh kegagalan paling bnyak sepanjang tempoh 100 tahun ni . mungkin ada yang lebih teruk..siapa tahu kan . tapi apa yang aku amat pasti , selagi kita tak mencuba , siapa pun tak tahu apa hasilnya kan . mungkin aku patut cuba . mana tahu ada nasib sebelahi aku . aku pun ada cara untuk tangani stress sekarang , solat dan tidur . bilamana aku lepas meeting , aku akan kunci ofis dan tidur sekejap . . bila dalam kesibukan berenti sekejap solat .
mak selalu ingatkan , jangan paksa diri nanti sakit . tapi sementara masih muda ni , nak aku pulun segalanya . nanti bila aku dah stabil , boleh aku jaga mak dengan papa . aku berangan nanti bila semuanya dah stabil , aku ada perniagaan yang aku pantau dari rumah , dan ada org2 kuat aku yang jalankan . empayar yang besar untuk pastikan sekeluarga aku selesa . insyaallah , doa mereka mengiringi aku .
aku sebenarnya agak risau dengan keadaan sekarang masih belum bina kerjaya yang kukuh . tapi aku percaya nanti Allah akan kirimkan khabar gembira . khabar gembira untuk orang-orang yang sabar . Amin .
No comments:
Post a Comment