FLY .... singkatan bagi perkataan panjat pagar untuk makan or whatever la . tapi mostly mmg nak makan nasik lemak + kopi o ais .
pada tahun 2000 , sintom FLY ni mmg tak dapat dibendung lagi . kebanyakan student tahun akhir kat APS (form 5 & 6 atas) mmg terjebak secara serius hampir setiap malam selagi kocek tak sengkek . budak2 junior yang baik , banyak duit sahaja akan diberi lesen untuk fly . hahaha . kejam kan .
Warden masa ni Zainuddin Kasbi ( gasby) yang bajet ganas dapat menghidu gerak gempur FLY ni dan aku lah yang kantoi tu . masa tu dekat 10 org FLY so aku terpaksa lah kantoi kan sorang untuk menyelamatkan yang lebih tu . Hasilnya aku kena buang asrama selama sehari dua rasanya sebelum bapak aku mengadap Zainuddin . Dan aku masuk balik ke asrama . tapi aku masih meneruskan kerjaya FLY tu . Nasik lemak dgn kopi o ais bagaikan menyeru aku setiap malam . tak boleh tahan beb .
Sampai satu malam keramat tu , kami (tak pasti berapa orang) ready nak fly macam biasa . menurut sumber mata-mata ( kemain lagi) kedai belah atas (yang paling safe) tutup . jadi kami kena redah jalan yang selalu ada roadblock tu demi sesuap nasik lemak . jam lebih kurang pukul 12 , pelik takde roadblock pun . Seronok la kami semua . melepak macam bujang kat kedai tu . bila embun mula nak trun , kami pun berangkat . gelak sana sini sambil menapak balik ke hostel , sebijik mcm gang keling mabok todi . tapi ada perkara yang tak best . ada roadblock !
kami tak amik masa lama untuk fikir cari shortcut . kami tahu ada kampung cina kat tepi2 tu . berbekalkan kordinat dalam kepala(masa tu mana ada goggle map,tahun 2000 maaa..) kami main agak je . asalkan menuju hostel . sedang semua sama sibuk cari jalan , tiba-tiba yang lead kat depan tu lari kemain laju lagi , masa tu fikir dalam kepala polis kejar ni , sbb klo anjing kejar takde lak bunyi anjing . aku pun lintang pukang la join yang lain2 lari .. dalam masa aku lari tu sempat aku bertanya pada yang lain , masing2 tak dapat bagi jawapan sbb yang lari dulu yang paling depan , aku maximumkan speed aku untuk tanya apa masalahnya kami lari macam perlarian ni ...
jawapannya pendek je ...... "kubor .... kuboorr " ... hah!..aku toleh kiri aku mmg baik la kan , kubur melayu rupanya . .. kali ni aku yang lead untuk lari .. hahaha
kami berjaya cari jalan balik . tembus kat tepi kedai snooker(sekarang dah takde) dekat sejam gak balik . tapi kami happy dan tergelak-gelak bila cerita balik kat bilik . camana la leh ada kubur lak kat situ . mmg padan la main masuk je kampung orang kan . Sampai hari ni aku takleh lupa nikmatnya FLY pastu pekena nasik lemak kopi o ais . yang sedap bukanya nasik lemak tu , tapi yang fly tu yg best .. sbb semua skill yang kami tengok dalam tv akan digunakan termasuk merangkak , spying , teamwork dan mcm2 lah . yang takde cuma pistol je . klo tak sebijik askar ... hahahaha
aku rindu dengan kawan2 .bila lah nak reunion ni =)