Baru-baru ni aku terima sms dari kawan aku yang jauh di mata . dari apa yang aku faham , dia in the middle masalah yang agak besar . berkenaan dengan kerja dia . dan yang paling berat dia dituduh ada affair dgn bos dia . okeh , and that is the problem .
aku macam biasa menjalani hari2 yang sibuk , tapi jauh di sudut hati aku sedih , sbb aku tak dapat ada dekat dgn dia saat dia amat memerlukan seseorang . aku sure dia amat2 perlukan seseorang . walaupun hakikatnya aku pun tak tau apa yang akan aku lakukan kalau aku ada di sana , at least mungkin aku leh hiburkan , tenangkan or bagi beberapa cadangan yang bernas . sampai sekarang aku tunggu dia cerita perkara yang sebenar pada aku . entah macamana hari2 dia tu .
dear , kalau boleh dikongsi beban yang kau tanggung tu , mahu saja ku berikan bahu ini . kalau boleh diberi semua beban itu pun tak apa . kerana kau dah terlampau banyak menanggung beban di hatimu . dulu masa aku kita masih mentah dan lemah , hampir semua perkara kita kongsi bersama . sekarang bila kita ada daya kita dipisah dengan jarak dan masa . doa aku sentiasa mengiringi kau . aku tetap ada di belakang kau biarpun tiada yang lain . i always be ur brother bear .