start dari kelmarin (Sabtu ) selama 3 minggu PPOL akan berlangsung . senang citer pertandingan perniagaan tapi kena menjual melalui online .
so dalam kebelakangan ni bnyak sgt meeting n bnyak sgt org nak meeting dengan aku , tu belum campur meeting kat MARA lagi . seyes , skang lepas aku masuk meeting mesti aku sakit kepala . Ubat dia senang , tido sekejap ok la tu . aku tak nak kena migrain . lagi pon mak aku mesti membebel kalau aku kasitau aku sakit kepala lagi .
mak dgn papa dah pencen , otak aku ligat nak bg diorang wat business ape yek kat umah . aku tak nak diorang pasif . minggu rasa mcm nak blik jap . tp mcm tak sempat jek .
jumaat sabtu ahad ni ada retreat kat cameron . bincang planning company 5 tahun akan datang , barai la otak aku . yang paling nyata mmg kurang tido , idea diperah kaw-kaw ... T.T
aku menulis untuk meluah apa yang aku mahu . untuk siapa dan untuk apa bukan persoalan . blog ini tidak sehangat blog gosip , sekurang-kurangnya aku jujur bila berkarya .dan itu buat aku lega .
Monday, January 30, 2012
Sunday, January 15, 2012
Journey to the south
Jumaat ari tu papa call soh balik sebab mak demam . aku malas nak blik . wat keje kat opis lagi feel . tapi bile fikir balik sementara ada mak bapak ni balik la kan . kita pon tak tau bile Allah nak amik diorang balik . Aku amik bas balik sbb road tax lom bayar + malas . yang paling aku malas kena amik bas kat Terminal Bas selatan (TBS) . aku mmg tak pernah ke sana . aku redah je la lepas tnye kakak aku jalan .
KAGUM ...
itulah perasaan aku bile sampai ke TBS ni . dah macam airport dah . sistem beli tiket pon sgt lah canggih siap ada nama gua lagi kat situ . so orang takleh curik tiket aku..hahaha .
Ni ruang menunggu bas . yang paling penting ada air cond dan bebas asap . kalau rajin boleh main tukar2 tempat duduk . kerusi ni besi so klo duduk bontot sejuk..haha
tak yah huru hara nak tanya kat kaunter dah sampai ke belum bas . kat skrin tu terpampang dah . klo tanye gak memang mintak kena maki la
ni la bas cepat ekspress yang aku rasa selesa la . nasib aku baik la dapat seat yang besar . kalau bas lama seat dia kecik2 ..
Kat umah bapak gua soh gua bercucuk tanam lak kan . takpe la . lagi sebulan gua leh tuai hasil ni .at least ada gak keje gua buat...=D
ni panorama yang aku sempat rakam masa balik tadi . nak trun bas pon rebut . macam la bas tu set masa sape lambat kena anta balik kampung semula . haiss....
berbaloi gak aku balik . abes duit pon tak sampai 100 . klo naik kete cecah2 gak la kan . leh blik naik bas lagi ni .
Thursday, January 5, 2012
LOKAP . . . NERAKA DUNIA ....
Ramai student yang berani mencabar kedaulatan negara dan juga undang-undang . kadang2 mereka ni malas nak fikir ape kesan nye . kalau mereka fikir habes takkannye berani nak wat semua tu .
Kat sini aku nak share kisah kawan aku . =p . dimasukkan lokap kerana khianat . nak cerita panjang intro dia . so aku skip je la to part yang berkenaan dengan neraka dunia ni .
Roy ( bukan nama sebenar) menyerah diri pada pihak polis di balai polis cheras pada tengahari , Jumaat , 20 Ogos 2010 . minggu pertama Puasa . ( kalau tak silap ) apabila dapat berita kawan dia kena tangkap atas pertuduhan kongsi gelap , ugut , samun dan pukul . Asalnya Roy ingat perkara ni boleh settle dengan dia pergi menyerah diri . tapi silap , Polis melayan mereka yang masuk dalam lokap sama rata . takde kurang lebih ada . Polis takkan tanya sape nak berak or kencing , lapar ke tak or sakit ke tak . tak macam yang digembar gembur dalam media yang kata polis jaga kebajikan orang2 yang masuk lokap . tapi ada logiknye . kau dah wat salah lagi mau layan bagus ka .!! .
yang satu sel dengan Roy masing-masing melakukan jenayah samun , gaduh , curi kereta dan macam2 lagi . ini adalah pertama kali roy masuk lokap balai so agak goyang la kan . menunggu masa dari tengahari sehingga ke petang adalah satu jangka masa yang lama sebelum lebih kurang pukul 5 Roy disoal siasat . Roy kenyang dengan maki hamun polis2 kat balai cheras tu . takde sape yang tahu Roy kena khianat yang tau cuma Roy dan kawan2 lain yang memang takde dalam lokap tu . selepas diseksa mental serta diambil cap jari Roy dihanta ke Penjara Polis di bukit jalil . Roy sekali lagi ditempatkan dalam lokap kecil sementara menunggu giliran untuk menukar baju berwarna Ungu . Agak merisaukan kerana ada juga penghuni baru yang menanti masing2 di kiri dan kanan Roy dah yang paling best diorang mat fit . Takut jugak berjangkit apa2 penyakit kan .
Selepas tukar baju Ungu yang agak kain guni tu , kali ni Roy Ditempatkan di ruang Lokap menunggu yang lebih besar , waktu tu maghrib . hanya mampu menahan genang airmata apabila langsung tidak diberi makanan untuk berbuka . makanan nasi bungkus sekadar diletakkan di tepi pintu . setelah lebih kurang 10 minit barulah makanan diedarkan . Nasi bungkus berlaukkan ikan yg sebesar anak ikan separuh dan sayur tauger 4-5 helai seta kuah yang amat cair macam air teh tetap membuka selera Roy dan rasa amat bersyukur kerana itu santapan paling enak buat Roy .
sesudah maghrib Roy dibawa ke Blok C iaitu blok penjara yang ketiga , penjara itu menempatkan seramai 2000 lebih pesalah2 . ada 3 blok lelaki dan 1 blok untuk perempuan . hari itu adalah hari pertama Roy di penjara Polis Bukit Jalil berkongsi sel dengan semua kaum di Malaysia . dengan beralaskan kayu kadang2 simen berbantalkan lengan sendiri , membuatkan Roy terfikir2 bila hari terakhirnya di situ .
Roy kurang bercakap hanya banyak termenung dengan tidak mengetahui masa kerana tidak ada Jam yang dipamerkan di situ serta tidak mengetahui malam atau siang kerana kawasan itu dikepung . bila Roy dapat keluar pun apabila disoal siasat di balai . faham2lah soal siasat polis kalau tak pukul bukan polis namanya , kenyang juga disesah dengan paip pvc penampar polis . setiap hari Roy hanya bersarapan roti dua keping dan teh o suku plastik . untuk bagi kenyang air teh tu ditambah dengan air biasa supaya puas minum . tengahari dan malam pula macam biasa nasi bungkus , apa sahaja yang disediakan Roy takkan sia2kan . dimakan hingga licin . bila mandi , takde apa yang nak dimalukan lagi , berbogel lah di jamban yang mmg tidak berpintu dan berbumbung itu . apa yang nak dimalukan lagi , masuk ke lokap pun dah cukup malu dah . kalau nak berak pun takde sape peduli . walaupun hakikatnya jamban tu sebelah tempat tidur je tapi semuanya seolah2 biasa .
pada hari ke 7, jumaat ..Roy dibebaskan apabila ke ditarik balik . semua atas usaha adik beradik Roy yang nego dengan si tukang report . bila Roy melangkah ke luar balai Cheras tiada apa yang difikirkan hanya berjalan tanpa henti kerana risau akan ditangkap semula . seperti baru melihat dunia luar , Roy hanya mengikut kaki nye kemana saja ia melangkah . baginya menikmati alam sekitar adalah sesuatu yang amat indah . 7 hari angka yang sgt menyeksa di dalam sana . tak tahu macamana Roy sampai ke tren Chan sow lin star LRT . tanpa berlengah dibeli tiket ke stesen Sogo . duit yang ada di tangannya hanya cukup2 untuk tren . dari Sogo sampai ke kampung baru Roy terus berjalan tanpa berhenti . Roy tidak terus balik ke Rumah tapi terus ke hospital untuk buat medical checkup .khuatir kena apa2 penyakit . Alhamdulillah semuanya ok . selama lebih kurang seminggu Roy berkurung di Rumah kerana trauma . dan yang paling memberi tamparan hebat , dia dikhianati sendiri oleh kawannya . tapi syukurlah dia belajar dari kesilapan .
Peristiwa 7 hari di neraka dunia dimanfaatkan sepenuhnya . banyak yang dipelajari di sana tapi untuk kembali ke sana bukan lah satu pilihan yang bijak . harus berhati2 mulai sekarang . sekarang hidup Roy semakin berubah dan berjaya . namun peristiwa hitam itu masih lagi melekat di minda nya .
inilah lokap yang ada di balai polis . ada yang lagi teruk .
pintu masuk ke penjara Polis , lebih kurang macam ni la . ada banyak pintu nak masuk tu . kalau nak lari mmg mustahil la
tempat tido macam ni lah rupa dia . mmg bukan pilihan kan .
penjara bukan destinasi percutian . =)
Tuesday, January 3, 2012
Barang-barang rare yang aku sayang .
Nampak biasa je kan , tapi yang best nye sbb ni nama aku . yang atas tu tag masa sekolah dan yang bawah tu masa aku kerja kfc . bila aku tengok lama2 teringat kisah2 lama . layan beb . apa?nak cakap gua ombak rindu...gua layannnn....
ni lak adalah peninggalan ex-gf gua . masih menunggu pemakai seterusnya tapi mmg sifat pompuan kan dia taknak pakai bekas org lain . so selagi tu la ko duduk dalam tu . mungkin cucu gua akan pakai kot . cun gila kot bekas dia ni , tak sangka aku sanggup beli benda2 cantik macam ni ( tepuk bahu sendiri)
ps : tengah mengemas dan membongkar barang2 lama . dijangkakan akan aktif menulis lagi . hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)