Saturday, July 28, 2012

Antara Kerja Dan Cita-cita


sejak akhir2 ni kepala aku selalu sgt sakit . nak nak kalau lepas meeting . aku paling tak suka meeting , dalam meeting ada 2 jenis org . orang yang jenis pertama ni masuk meeting dan concern dengan apa jenis info yang dibincangkan , yang jenis kedua ni masuk dalam meeting pastu buat-buat seyes dengan kerut dahi bagai , tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri . aku jenis yg akan concern dgn info2 walaupun tak semuanya aku fokus . ada jugak meeting yang aku jadi org jenis kedua ni . kadang2 melayan meeting sampai 3 meeting sehari , apa kes ?? lu PM ke bhai .. itu soalan bapak aku pada aku...(takde la kasar camtu) .


ramai yang kurang faham dengan kerja aku dan kadang2 aku pun keliru dengan kerja aku . kerja hakiki aku adalah berkenaan dengan koperasi TETAPI aku terlibat dengan UniKL , MARA , SERI ISKANDAR,JOHOR,dan akan datang AMAN JAYA,PERAK . malas aku nak cerita pecahan dari tu tapi semua yang melibatkan keusahawanan aku akan terlibat .

yang terbaru aku akan terlibat dengan satu syarikat yang akan menjalankan perniagaan printing skala besar ( banner,bunting etc) , nama company tu SISWACO SDN BHD , baru je ditubuhkan . dan part yang paling seksa , aku kena lead project dengan dibantu oleh yang lain . dan....yang terpaling seksa , sebelah mata aku moniter KOSISWA sebelah lagi moniter SISWACO... Dannnnnn .. SISWACO adalah anak syarikat KOSISWA . pening kan .. berpusing2 cerita aku . haha .


aku tak sabar nak tunggu lepas raya sebenarnya , bukan sbb aku beriya sgt nak raya , tapi ada tangungjawap yang kena aku settlekan , kewangan KOSISWA tak berapa bagus , sebelum puasa aku kerap buat meeting dengan staff untuk bincang jalan untuk make profit untuk KOSISWA . lepas raya ni semua plan tu akan dilaksanakan . kalau mengikut perancangan asal , sepatutnya semua berjalan lancar . bahu aku sekarang terasa berat bukan kepalang , sebelah KOSISWA sebelah lagi SISWACO . masa depan dua2 ni terletak pada tangan aku .


Aku pernah terfikir untuk berhenti , simpan semua barang2 aku dan kunci semua cita-cita aku dalam kotak dan cuba mulakan hidup baru kat mana2 . aku pemegang Ijazah yang flexible ( apa2 kerja pon boleh) , rasanya tak menjadi masalah besar untuk aku cari makan kat bumi Malaysia ni . dan yang pasti menyokong seratus peratus tindakan aku ni sudah pasti mak dengan ayah aku , mereka yang paling risau dengan keadaan aku sekarang yang stress memanjang ( kalau pergi camping je ok . haha) .. tapi bila aku fikirkan balik , lambat laun nanti pasti aku akan selongkar balik barang2 lama dalam kotak tu . waktu tu aku tak pasti apa yang aku rasa , waktu tu mungkin aku tak punya peluang macam sekarang . aku takkan tahu apa rasanya waktu tu .



aku mungkin antara manusia yang menempuh kegagalan paling bnyak sepanjang tempoh 100 tahun ni . mungkin ada yang lebih teruk..siapa tahu kan . tapi apa yang aku amat pasti , selagi kita tak mencuba , siapa pun tak tahu apa hasilnya kan . mungkin aku patut cuba . mana tahu ada nasib sebelahi aku . aku pun ada cara untuk tangani stress sekarang , solat dan tidur . bilamana aku lepas meeting , aku akan kunci ofis dan tidur sekejap . . bila dalam kesibukan berenti sekejap solat .

mak selalu ingatkan , jangan paksa diri nanti sakit . tapi sementara masih muda ni , nak aku pulun segalanya . nanti bila aku dah stabil , boleh aku jaga mak dengan papa . aku berangan nanti bila semuanya dah stabil , aku ada perniagaan yang aku pantau dari rumah , dan ada org2 kuat aku yang jalankan . empayar yang besar untuk pastikan sekeluarga aku selesa . insyaallah , doa mereka mengiringi aku .

 aku sebenarnya agak risau dengan keadaan sekarang masih belum bina kerjaya yang kukuh . tapi aku percaya nanti Allah akan kirimkan khabar gembira . khabar gembira untuk orang-orang yang sabar  . Amin .  

Tuesday, July 10, 2012

Cheese Nan yang bajet hot

Semalam kawan2 aku ajak makan,selalunya kalau diorang g makan mmg tmpat2 pelik la . Kalau aku bawak mmg kedai ayam penyet atas bukit je..hahaha. Kali ni diorang ajak g cheese nan yg katanya femes . Aku pun tak pernah try lagi.. On je la.

Lokasinye dekat dgn Pejabat MARA wilayah yg kat area2 MARA KL tu,nama kedai aku lupa tp kedai tu kedai arab rasanya dia jual pun nasik arab yg tak pedas n tak best n mahal nak mampos dengan roti NAn je..lain tadakk...budak2 ni makan dgn berselera tapi aku..sorry la aku rasa makanan arab bukan citarasa aku la + mahal sampai nak meninggal . TekAk aku yakleh accept daging masin dia dgn dal tawar dia...mula2 excited la makan mcm pizza,pastu rasa muak lak...

Yang penting ini pasti bukan menu pilihan 

Monday, July 2, 2012

Keep on volley babeh.. Haha

Ini adalah satu2nya sukan yang aku pandai..yang lain aku tak pandai.nak main bola lagi tak pandai..

Game yang latest ni adalah Sukan MARA Malaysia..aku wakil MARA WIlayah.dapat no 3 walaupun tak bnyak menyumbang..hahaha