aku menulis untuk meluah apa yang aku mahu . untuk siapa dan untuk apa bukan persoalan . blog ini tidak sehangat blog gosip , sekurang-kurangnya aku jujur bila berkarya .dan itu buat aku lega .
Wednesday, January 21, 2009
Sangat bosan...
seperti biasa aku menunggu arahan dari tutor@pengajar lama aku untuk wat keje...bosan gak..diorang yang tentukan ape yang aku patut ajar...boleh dikatakan setengah dari ape yang ada pada module pengajaran tu aku dah belajar..cuma mungkin kena refresh balik...klo aku dapat budak2 ni mmg kao2 aku ngajo budak ni sampat sendat otak diorang nak msuk info....
minggu depan ramai tutor yang cuti...aku kena amik kelas diorang ....so aku kena prepare note untuk diorang..cuma aku kelakar sikt bila setiap kali masuk or keluar msti diorang bangun,pastu bagi salam, pastu tunggu arahan aku nak suruh dudk.dulu aku tak tau..aku pelik lak budak ni nape taknak dudk...rupenye tunggu arahan aku...hahahaha..kadang2 aku malas nak tunggu budak2 ni bagi salam aku main kuar je....mungkin aku tak biasa kot stail skolah rendah ni tapi ada baiknya jugak..tak lah budak2 ni besar kepala....api minggu depan siap la korang...aku ngajo samapai diorang mintak ampun kat aku mintak stop..hahahaha
apa2 pun aku rasa tak best...aku rasa mcm nak camping lak....boring...boring...dan boring...
Sunday, January 18, 2009
ke"PRAKTIKAL"an aku...meng"INTRA"kan diri..
Saturday, January 10, 2009
KARNIAWAN..
KONVESYEN DAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWAPERINGKAT NASIONAL
KALI KE -6
(KARNIAWAN VI)
TARIKH : 8-10 JANUARI 2009
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), SINTOK, KEDAH
Perasmian disempurnakan oleh : -
YB DATO’ NOH BIN HAJI OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
8 JANUARI 2009 ( 8.30 MALAM )
HOTEL EXECUTIVE CENTRE (EDC UUM)
Majlis Penutup disempurnakan oleh :-
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
10 JANUARI 2008
8.30 MALAM
DEWAN TAN SRI OTHMAN
aku bru balik semalam dari UUM Sintok....sbb ada KARNIAWAN ni la...aku g sana untuk bertanding Projek Usahawan Terbaik..tapi takde nasib...kalah la...tapi klo ikutkan benefit mmg projek Gerak Usahawan yang dijalankan kat UniKL ari tu mmg bagi benefit kat semua orang..aku pun tak tau ape kriteria yang dia nak untuk menang...aku mengaku mmg gelabah beb masa present..yela,mana pernah aku g present peringkat national...kat sana semua IPTA kat malaysia ada dan yang spesial(bahasa indon..) ada Universiti dari Acheh(nasib baik takde Tsunami...hehehe) dgn satu lagi univesiti dari indon entah ape nama ntah....
tpi awek2 mmg ramai...rambang mata aku...bile main mata lak balas balik yang tak tahan tu...selang 10 meter mesti ada awek..peh....duniaaaaa....
aku extend praktikal aku seminggu...esok (isnin) nak mendaftar..aku bertolak g ke Melaka jap lagi.....mungkin aku akan jarang ada kat blog ni...ape2 pun bile aku ada masa aku akan menaip di tinta digital ni...
Monday, January 5, 2009
Aku teringat....
aku teringat..
bila mana sayang aku mengatasi segala2nya...
aku lupa pesanan ibu bapa.
segala yang patut ku lakukan ku biarkan lupa
segala yang wajib ku abaikan semuanya..
sekali sekala aku jadi derhaka..
kerana di turutkan sgt alunan cinta...
aku teringat...
bila mana sayang aku mengatasi segala2nya...
jiwaku yang seteguh konkrit jadi serapuh kertas tiba-tiba
keegoan ku yang dasyat ku buang entah ke mana..
di maki dihamun di lakukan semahunya..
aku hanya mampu tunduk..kerana cinta adalah segalanya
aku rela kerana si dia..
aku teringat...
bila mana sayang aku mengatasi segala2nya
aku cuba pertahan kasih sayang yang aku bina
kerana aku amat faham betapa sukarnya kasih untuk dibina
betapa buruk pun situasi aku tetap pertahankannya
biarpun telah 'dibuang' banyak kali tapi aku tetap ada harapan untuk dipercaya...
aku teringat...
bila mana sayang aku mulai pudar tanpa dipinta..
ku buang jauh2 segala yang indah tentang cinta..
ku tak mahu yang ada tentang cinta
ku benci bila yang tidak menjadi itu cinta...
kali itu aku menyahut cabaran itu dan tak mungkin aku berpaling lagi..
tapi aku kurang mengerti
mengapa aku dicaci lagi sebelum pergi..
yang selamanya aku tidak kan bahagia biar mentari dan bulan silih berganti..
aku teringat sekarang..
mungkin sumpahannya menjadi
atau aku yang terlalu berfantasi..
dan hanya padamu aku mengadu..
Ya Allah,
andai dia kau ciptakan untuk ku...permudahkanlah
andai dia bukan untuk ku..permudahkanlah juga..
semoga segala yang indah yang terbaik untukku..Amin.