satu persatu Allah kirim kan aku dugaan
mungkin untuk menduga
hakikatnya semangat aku rapuh.. serapuh biskut kering
DIA mengirimkan aku mereka yang 'bagus'
'membantu' aku bekerja . hilang terus istilah kawan .
yang tinggal hanya kepentingan peribadi yang aku sendiri tidak jelas
mana kiri mana kanan .
sungguhpun aku bersalah perlukah aku dihukum dicaci?
lumrah manusia .. janji selamat , bikinlah apapun .
bukan pangkat yang aku kejar , apa lah sgt pada pangkat ,
bukan wang yg aku mau , tak sampai 2k pun .
aku cuma mahu cita yg dulu diimpi jadi kenyataan .
bukan cacian dan makian .
tapi DIA lagi tahu , apa yang aku tak mungkin tahu .
DIA kirimkan aku poket yg sempit .
sampaikan kosong .
dulu terlalu banyak aku melayangkan not not itu ke sana sini .
sekarang gambar 'atuk' yg warna biru tu sungguh berharga
boleh beli telur 3 biji makan nasi dgn kicap kipas udang .
lazatnya jangan tanya ..
aku merenung ke belakang , silapnya kau tak pernah menyimpan .
sempitnya mmg sempit . namun syukur tetap ada sbb aku mula ingt DIA .
perkara yg 5 aku mula dekatkan . walaupun si subuh selalu aku langgar ,
aku gagahkan juga .
dalam doa , selalu aku minta rezeki yg halal . minta murahkan rezeki . aku faham kalau DIA kata kun fayakun , apa pun boleh jadi .
jadi aku positif , aku kata DIA nk uji aku lagi .
bila dekat nak raya org mula berkira-kira nk beli apa , baju warna apa , balik mana , cuti berapa lama ...
aku pula berkira hari-hari esok nk makan apa .
tapi takpe lah . .
rezeki bukan cerita kita .
DIA maha pemberi , DIA tahu apa yang baik untuk diberi pada aku nanti .
DIA kirimkan masalah yg berantai-rantai
kalau bukan aku dah biasa dengan presure , dah lama aku gila
daripada beratus ribu sekarang tinggal beratus .
customer banyak yg belum bayar . macamana nak survive?
adat berbisnes . nk tubuh senang nk maintain susah .
aku tak salahkan sesiapa , mungkin DIA nk tunjuk mana-mana salah aku .
nk uruskan perlu ada ilmu , nak berkata perlu ada ilmu , nak berniaga perlu ada ilmu
aku faham tu .
cuma tak tahu mana silapnya . ada je yg tak kena . seorang demi seorang angkat kaki .
tak yakin agaknye . melaungkan semangat juang semua org mampu , yg nak pertahankan ? belum tentu .
siang dan malam tiada erti bg aku . bagi aku sama saja . yang beza AM dgn PM sahaja .
ikutkan hati nak saja aku angkat kaki sama-sama . baru meriah kan .
tapi mengenangkan cita-cita yang sama-sama dimimpikan dulu .
aku tunggu !
DIA maha merancang . DIA tahu mana yang terbaik untuk aku .
DIA kirimkan perasaan rindu yg bertubi-tubi mengasak jiwa .
rindu pada seorang yg dibawa pergi dari hati .
mulanya aku tak peduli . bunga bukan sekuntum !
aku boleh cari mana yg aku suka . hebatkn !
namun aku desar yg berkata-kata itu adalah ego aku .
hati aku menggelupur dek rasa rindu yang maksimum !
pepatah barat ada berbunyi yg lelaki kuat tidak akan menangis dgn apa saja ujian .
biarlah .... biarlah aku dipanggil lelaki lembik sekali pun . titisan yg gugur itu sememangnya jujur .
kalaulah aku dapat yakinkan kedua belah keluarga itu yg jiwa aku makin layu
dan jiwa aku boleh mati merindu .
bayangan-bayangan silam mengasak-asak masuk dalam kota fikiran ..
menayangkan episod-episod lama .
mudah saja airmata gugur ...... aku tidak pandai menghargai rupanya .
aku selalu marah atas perkara kecil , aku abaikan perasaan , aku sibuk dengan kerja , aku sibuk dengan kawan-kawan , aku tak ambil pusing perasaannya , aku tak sensitif keadaannya .. banyak perkara yg aku sia-siakan . mungkin sbb itu DIA ambil dari aku
DIA maha agung . DIA tahu mana yang bagus untuk aku .
kirimkan dia balik padaku , akan aku jaganya seperti aku menjaga diriku . sesungguhnya KAMU lebih tahu apa yang di luar pengetahuan kami . ='( .
atau mungkin kalau tidak di sini , satukan kami di Syurga sana .
Ya Allah , aku yang kerdil ini terasa amat penat . satu persatu ujian kau kirim . satu persatu nikmat kau tarik . aku amat bersyukur diberikan lagi nyawa . tapi sesungguhnya hati ini penat dan lelah . aku sendiri Ya Allah .. sendiri . kirimkan aku khabar gembira agar dapat ku susur hari-hari yang mendatang . aku tidak tahu apa telah disediakan untuk aku esok , mungkin pahit mungkin manis . namun akan ku redha padamu Ya Allah . amin .
'ALLAH tidak kejam , dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya'
Saiful Sazali Abdul Rashid
23 Julai 2013 ( 14 Ramadhan)
1.41am
Siswaco Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment