Tuesday, June 25, 2013

Hari jadi yang kelam .

semalam (25 jun) hari jadi aku . aku sambut dekat office dengan bacaan Yassin pada 11.30 pm . takde apa yg aku harapkan selain dari kehidupan aku jadi lebih baik . jauh dekat sudut hari aku , sunyi dan kelam . itu je yg mampu aku coret .

dengan kesempitan dari pelbagai segi , aku cuma terasa bahagia bila office jadi umpama rumah yg aku sibukkan diri hari-hari . terasa letihnya . paling letih bila tiada tempat untuk diluah . buat aku jadi pendiam . walaupun aku adalah tempat feveret untuk org melepaskan . aku terasa sakitnya dada ni tiap kali aku memikirkan

Mungkin Allah kirimkan kegembiraan tu lambat , saje nk uji tabahnya aku . secara jujurnya , banyak sgt dah Allah uji tapi aku yakin pasti ada sebab.

Monday, June 24, 2013

Trip to langkawi part 3 (last)

selepas sampai ke Jeti Kuah(jeti langkawi) , kelihatan tugu helang jauh di sebelah kiri . Kawan aku dah awal2 booking kereta cuma harga tak tau lagi . jeti ni dekat dgn some mini shooping centre ( bagi aku la) .. sbb ada bnyak kedai2 kat dalam dia , then kawan kau call brother kete sewa ni . lepas tu kitorang jumpa kat one of the pintu yg ada kat situ . Bila kami tanya harga , brother tu bukak rm100 satu hari , mahal beb . awal2 lagi mmg kami dah plan nak amik kancil je , sewa pon rm40 dah dapat . brother tu cakap cuti sekolah . tetiba aku teringat kawan aku yang ada kat langkawi tu , cepat2 aku cari no dia . call dia untuk sewa kete n hantar ke pantai chenang ( sume org cakap situ pantai yg ok) kami dapat sewa kete perdana rm 160 2 hari , kire ok la tu . tolng kawan2 . lepas dapat bilik kat pantai chenang , kami pon keluar makan , kami cari kedai2 kampung jek . mmg sedap la kan . murah pun ye jugak . 


lepas makan , tak lengah kami terus ke kabel car , alang2 kawan tu free ari ni . sampai ke kabel car , mmg beratur la umat2 manusia macama g pasar chow kit . aku terus ke kaunter untuk beli tiket , masa tu pukul 3.00 , tiket dapat beli cuma dapat naik kul 5.00 nanti . agak frust gak la nak menunggu sampai kul 5 . hotel pun baru book , masuk kul 2.00 . nk wat apa 2 jam , takkan nak patah balik .so kami pun tanya kaunter tu camana nak cpat . kami kena tambah rm50 untuk daptkan laluan ekspress . so total rm65 la (tiket rm15) . boleh je la asalkan dpt naik cepat . terasa mcm vip , siap lalu karpet merah lagi . hahahaha
 nampak tu laluan red karpet .. hahaha .. kemain artis lagi.  bayar lebih dapat la jadi artis kan

kabel car ni bergerak , so nak masuk kena main kejar2 .. haha

aku sangat happy dapat naik kable car ni sbb sebelum ni cuma dengar org cerita je . kebetulan ada rezeki , tu yg dapat g tu . alhamdulillah (versi nasir billal khan) . aku mmg jakun la.  abes sume tempat aku round . siap ada jumpe foreigner borak2 lagi kemain mesra lagi aku . aku mmg suka tambah kenalan so nanti aku leh lah pergi negara diorang berkawan kan . haha . view mmg mabeles!! . mmg cantik dan nampak pulau2 lain . aku rasa berbaloi dengan bayaran mahal . cuaca panas + sejuk . haa , macano tu .. haha . sbb tempat tinggi kan . dalam kabel car tu kawan aku kecut telur takut sbb tinggi , mulut je jahat hati kecik .. aku mengjakun la , amik gambar , takut tu belakang kira la , yg pnting dah da dalam kabel car kan..kalau dah sampai langkawi mmg kena singgah la sini . 
KABEL CAR

 



 


 




 


lepas dah puas pusing2 kat atas ni kami pun trun . dekat2 kul 5 gak la . pastu kawan aku tu bawak lak pergi pantai Pasir Hitam . view dia cantik tapi pasir tak berapa cantik la . kat sini ada la satu papan kenyataan @papan cerita camana leh pantai tu jadik pasir hitam . tapi aku tau semua tu poyo .. ada ke nak salah kn alam , apa ke gile kamu yeop .


 

 


Lepas puas meronda , kami pun balik ke Hotel kat pantai chenang . dalam kul 5 lebih , so sempat lagi main air laut . kat pantai ni ramai budak2 n orang tua main ombak .. sbb ombak besar . tak lah bahaya sgt untuk golongan 12 tahun ke atas rasanya . aku ok je join budak2 sebab aku pun forever young kan .. hahaha . pening kepala gak la main laga2 dengan ombak . ombak naik sampai parat kepala , cuak gak mula2 .. lama2 suka lak , tapi suka tu berpada la kan . kat laut jangan wat main . view kat sini cantik . air nye tak berapa biru la . tapi its just nice .

 


 










malam tu kami just makan dekat2 situ je . then sebab letih naik bas pon tak ilang lagi . kami tido awal . sbb esok pagi kul 9.30 ada Island Hopping .

**************
tapi kami bangun lewat..hahahaha .. so Island hopping tu jadi sebelah petang . pagi tu kami meronda2 cari makan je la.  pakej Islan hopping ni termasuk dengan ke dayang bunting , bagi helang makan dan ke pulau beras basah yang sgt cantik tu . berbaloi sgt bayar rm30 untuk trip ni . rugi kalau tak amik gambar beb . dah macam foreigner dah aku . hahahaha

 

 


 


 





tak banyak yang aku buat kat sini selain dari merayau cari tempat cantik2 . banyak tempat yang cantik kat Langkawi ni sebenarnya . selain dari gamba cantik2 aku bawak balik gak coklat murah2 untuk adik beradik aku . hahaha . 

aku dah try , korang pun patut try gak ke sini