Wednesday, December 31, 2008

Dulu dan selamanya..clip video layaannn...

ni lah lagu yang aku tergilakan dari sekolah lagi.....


lirik ada at blog aku yang lepas..leh la korang nyanyi nanti

End Of The Year 2008 Yang sgt MEMALUKAN..I HATE McDONALD





Petang tadi aku g Pertama Komplex dgn Idan lepas dia blik keje...sbb dia nak beli handpon baru...mmg murah gile..(pandai cari kedai la)..sebelum tu jumpa si Burn lak ( junior sekolah aku )ape lagi borak sakan mcm tempat bapak kitorang kat tepi KFC Pertama..dia nak kawin dah bulan 3..Idan lak planning tahun depan..aku gak la terkapai2..tak nak citer..aku nak citer naper aku benci McD..

Lepas beli phone lapa lak perut..tapi tak tau nak makan ape..tu la susah bile duit tengah banyak ni....hehehe..last2 makan McD la..aku amik port paling belakang sekali tempat yang dkat dgn cermin..kira nampak la klo kete kuar masuk tu.aku dgn Idan order prosperty Burger..lepas tu gadoh tak nak amik sos..Idan soh aku,Aku lak soh dia..last2 aku nak g amik la pasal dia dah payung McD..masa nak bangun tu aku dah dapat raa something mcm BAD nak jadi..coz kaki aku mcm berat jek..tapi aku pedulik ape..kaki sangkut kat kerusi biasanya aku tarik kira ok la...

tiba2...........

kaki aku sebelah lagi sangkut jgk...aku baru bangun setengah ni..aku x gabra..sbb aku mmg cool...sume org tau aku cool...aku pikir gak caman kaki aku leh bersilang..tapi itu bukan masa yang sesuai untuk antai memikir kerana aku sudah perasan yang lantai merapati aku dgn pantas...sgt pantas...rupa2nya aku yang merapati lantai McD itu..gedegang...aku selamat sampai ke lantai McD..sungguh lembut lantai itu...terhempas nya kerusi itu seumpama terhempasnya perasaan aku ketika aku perasan banyak mata2 yang memandang bibr mereka laju memperkatakan sesuatu tentang aku..bunyinya seakan2 "macho...jatuh dgn bergaya...abg tu sgt cool.." dan mcm2 lagi...aku persetan semuanya sbb aku nak gelak dulu..aku terglak kenangkan ape yang aku buat 5 saat tadi ambil disapa oleh gelak menghina idan..aku dengan lemah longlai bangun tanpa menoleh ke belakang sbb aku tau sume mata memandang aku..

setelah aku berdiri tegak...aku ambil nafas panjang2 dan memujuk diri aku yang semua tadi hanyalah mimpi...dengan penuh yakin dan bergaya aku memusingkan badan aku 90 darjah dan menunjukkan isyarat peace khas buat penonton@atau peminat (chehhh...) yang tidak jemu2 melihat aku.Nak mlu ape lagi sbb aku mmg dah malu pun...nak je aku cakap..'org lain pun jatuh jugak..'..kenapa lah nak kena hujung tahun gak tak best untuk dikenang langsung...aku tak nak makan McD KAT SOGO LAGI...

Tuesday, December 30, 2008

Untungnye aku.....

Tadi baru kejap aku kuar dgn kawan satu skolah aku g merayau cari kasut kulit..ye la aku kan nak INTRA(industrial Training)...nak ngadap student kenalah smart.aku INTRA kat ILP Muar..tempat aku buat sijil dulu..mesti panas je Pengajar aku dulu bile aku duk sebelah diorang nanti..huhuh..dulu marah2 aku skarang sama level..last kitorang benti kat Jusco..tapi aku tak tau kat mana..aku buta jalan KL ni.

lepas dapat beli kasut n dia borong baju kemeja (murah katanya..)..kitorang pun caloh balik la..membe aku ni sempat singgah kfc beli cheezy wedges..dah lapa sgt kot...kitorang nak makan tapi masalahnye tak tau nak makan ape...duit bukan soalnye tapi semua dah merasa!!..agak berlagak ayat aku kan..hehehe...dengan dia ni lah aku makan mewah2.....dia tak pernah merungut klo aku order makan sampai beratus2 pun....bukan maksudnye kitorang tak makan kat kdai mamak...kitorang tau asal usul...tapi ikut angin dia la..aku follow je org payung kan...adalah mustahil klo aku kata aku mati tak makan kat KL ni sbb bile aku takde duit je msti aku g ari makan kat umah dia kat Bandar Baru Sentul...tak pun dia bawak la aku g makan entah mana2 tempat entah...

kelmarin je dia bwak aku dgn kawan2 lain makan kat restoran Kunang-Kunang...dekat rm200 gak la abes...murah rezeki dia....dia tak pernah berkira dgn aku.....
terbukti dia kotakan janji dia dulu...'aku ingat jasa ko'..
masa skolah kitorang mmg rapat sbb main volleyball sama2,sama2 pakai spek,sama2 kidal,sama2 jadi coach under 15.........tapi yang takleh blah nye...dia selalu wat spoil dgn family dia yang membolehkan dia dihalau dari umah...dan aku lak tak pasal2 menjadi teman serempat dgn dia..tak smpai hati nak tengok dia rempat sorang...banyak tempat aku merempat dgn dia...klo dibanding dgn pengemis tu pengemis lagi selesa sbb ada bantal...ada sekali tu cuma ada rm2 je nak makan...termenung gak lah pikir camana nak makan...mmg seksa sgt nak makan klo diingat 6-7 tahun yang lepas...

ALHAMDULILLAH...segalanya berubah sekarang...dgn izin Allah rezeki tu ada je memanjang....amin.esok ntah mana tempat2 pelik dia nak bawak aku..

Monday, December 29, 2008

Ashabul Kahfi...(Sahabat Gua)

Kadang-kadang bila saya terasa bosan teramat saya akan melayari you tube untuk mendengar lagu...selalunya saya akan mendengar lagu-lagu rock kapak atau pun lagu nasyid...sampai saya terdengar sebuah lagu dari kumpulan Raihan..Ashabul Kahfi.lagunya sangat tenang dan senang difahami.tapi yang saya tidak mengerti apakah maksud Ashabul Kahfi?...saya pun menoleh kepada Sahidan(housemate) yang berada di sebelah untuk menanyakan maksudnya...dia pun kurang jelas.hendak bertanya kepada Faizul,Amir,Eddy..masing2 sedang menikmati udara kampung agaknye sekarang ni..Ameng pula,tidak muncul keyakinan saya kerana dia tidah tahu apa2 selain kereta.keinginan yang memuncak untuk tahu memaksa saya untuk melayari internet yang masih sangkut 2 bulan tidak berbayar lagi...Alhamdulillah...jawapan kepada persoalan saya terjawab dengan begitu lengkap..jadi saya ingin berkongsi bersama rakan yang lain..

Ashabul Kahfi (Sahabat Gua)


Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.

Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).

Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Ahli sejarah Islam dan barat telah banyak menjalankan kajian di manakah tempat berlakunya kisah 7 pemuda tersebut ditidurkan oleh Allah dalam tempoh masa yang lama. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan manakalan penganut kristian mempercayai kisah ini berlaku dan menjalankan kajian mereka dari kitab bible. Pelbagai hasil kajian, pandangan telah diberikan dalam menyatakan bilakah kisah ini berlaku? Di manakah ia berlaku? Persoalan-persoalan ini telah cuba dikupas sejak zaman berzaman dan turut dibincangkan oleh 'Alim Ulama terdahulu dan dibentangkan di dalam kitab-kitab tulisan mereka.

Bilakah ia berlaku?

Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.


Di manakah ia berlaku?

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini berlaku di Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Di Turki sahaja terdapat 4 lokasi dikatakan peristiwa itu berlaku (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras dan Mardin).Muhamad Hazimin Bin Sulaiman
(Penulis) telah berpeluang menziarahi 3 lokasi di mana terdapatnya Gua Ashabul Kahfi iaitu di Abu Alanda, Jordan. Ephesus, Turki dan Jabal Qassiyun, Syria.

Apa yang boleh beliau simpulkan hasil dari bacaan, pemerhatian di lokasi-lokasi tersebut dua lokasi di Ephesus dan Jabal Qassiyun tidak banyak membuktikan bahawa di situ berlakunya peristiwa tersebut. Bukti yang penulis maksudkan ialah dari ciri-ciri gua yang diterangkan di dalam ayat Al-Quran. Berbeza dengan gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan. Ciri-ciri seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran agak bertepatan. 3 ciri dari ayat Al-Quran yang menjadi perhatian beliau ialah :


Pertama : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-


17. Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu...

Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.

(Sila rujuk video di http://www.youtube.com/watch?v=W1VD2ljzbFw untuk gambaran lebih jelas tentang lubang itu)


Kedua : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21


21. ... setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka".

Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda terdapat rumah ibadat yang dibina ketika zaman tersebut. Rumah ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah dijadikan masjid.

Ketiga : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17



17. ..sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu.

Bentuk gua yang terdapat di Abu Alanda adalah luas dan lapang serta tidak dalam.

Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi...

Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.

1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan 'Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.

2.
Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah.

3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu'jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.



(NAWAWIS...dan lambang bintang segi lapan)

4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.



(Di sini lah disimpan barang2 purba termasuk kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun.)
5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma' berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma' tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma' terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.

7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.


(Penemuan tulang di dalam Nawawis)

Dari beberapa penemuan dan bukti yang ada. Berkemungkinan peristiwa yang telah dinyatakan di dalam Surah Kahfi mengenai pemuda-pemuda yang ditidurkan selama 300 tahun Shamsiah telah berlaku di Abu Alanda, Jordan....Wallahualam.

saya amat tertarik dengan kisah ini...membuktikan bahawa tiada yang lebih berkuasa dan maha bijaksana berbanding Allah S.W.T...insyaallah saya akan berkongsi kisah yang menjadi tanda tanya kepada saya...terasa kekok dan sopan pula saya menggunakan ayat skema ni....saya sudahi dgn tasbih qifarah dan surah wal-'as...

wassalam...

Friday, December 26, 2008

OC...orientation committe..

UniKL City Campus Orientation Committe intake Julai 2008

aku rembat si mira n azie nye pic kat fs...aku jumpa gamba2 yg ada aku..biasalah gamba2 aku kan comel....pompuan simpan takpe klo laki yg simpan aku pukul...tak rela i...
yg ni gambar masa jadi oc kat pantai Morib.....sepanjang aku jadi oc..ni lah committe yg paling ramai sekali....sebenarnya aku tak baper minat sgt ramai2 sgt ni..sbb bukan semua yg wat keje pun...keje pun tak banyak so nak wat keje ape...kan..kan..
yg paling aku terkilan ialah aku langsung tak dapat nak tunjuk kan potensi kerja aku langsung sbb kat Morib ni sume dah disediakan...setakat nak suruh aku datang melawa baik tak yah....aku tak cakap pun aku bagus sgt n yg lain tak bagus..cuma aku je yg rasa bosan keje yg tak mencabar ni...sory..jgn marah...displin jgn cakap la.....malas la nak kutuk..lalalalalala.


unikl msi orientation committte intake Jan 2005
(gamba aku yg ada bunga atas kepala tu...heheh)
uhuhuhuh...ni la committe yg paling power dan paling best sekali aku rasa sepanjang aku jadi oc...segalanya diuruskan oleh oc sendiri termasuklah makan peserta,alat kelengkapan,PA system,kelengkapan riadah dan segalanya yg berkenaan dgn orientasi..management campus jgn campur keje kitorang sbb depa ni suke wat serabut...bile malam je mesti gaduh dlm meeting mcm kat parlimen mcm dlm tv tuuu....gaduh untuk improvement takpe...alaa..tak kesah la mana2 pun...yg penting kite tau ape kite buat...yg aku takleh blah...ada sesetengah OC jadi oc sbb nak jadi femes n sume org kenal...wei tolooongglahh........g la masuk AF klo nak femes...tak pun g mrompak kuil batu caves tu....masuk tv nanti....klo perangai tu elok femes jugak...semak la .org mcm ni..shooh...shoooh
.


Unikl MSI Orientation Committe intake Julai 04 & intake Julai 05

aku mmg suke sgt join benda2 mcm ni...elaun tu blakang kira yg penting kepuasan...huhuhuh kat MSI je aku dah 3 kali jadi OC...sape2 yg rambut panjang sume aku yg potong...jgn marah ye kepada yg dipotong tu...kira smart ape aku potong



Thursday, December 25, 2008

Aku Cinta Padamu...

Cinta....cinta itu sangat indah kepada mereka yang menyelaminya...
cinta akan memenuhkan ruang kosong di hati yg membuatkan kita cukup segala2nya...cinta akan membuat semua kecewa..cinta juga akan mengubat hati yang terluka...

Apakah cinta?
cinta yg membuatkan dunia indah.
cinta boleh membawamu ke atas dan boleh juga ke bawah
cinta adalah kegembiraan terindah,juga keseksaan teramat
cinta yg bahagia perlu disemai dan dijaga
cinta boleh membutmu bodoh dan adakalanya bingung
cinta bole membuatmu lupa di mana dan dari mana kamu
cinta itu sungguh unik
cinta mungkin selamanya dan juga sekelip mata
cinta boleh bermula dgn secebis senyuman
cinta penuh dengan tawa indah dan pengakhir kesedihan
ketakutan boleh menghalang cintamu dan cinta boleh menghalang ketakutanmu
cintalah kepada di atas sana,akan membuatmu terus berdiri

cinta di hati semakin bergelora jika cinta itu dipenjara
lepaskanlah kisah duka perlahan-lahan...
berilah peluang kepada cintamu itu untuk kembali menghayati irama cinta
maafkanlah dirimu dan juga dirinya....
kerana dendam hanya akan memusnahkan cintamu

ungkapan yang mudah menjadi berat andai hatimu gundah
pejamlah matamu susunlah nafasmu...
ucaplah supaya tiada penyesalan di hari esok...
ucaplah dgn cintamu di hatimu kepadanya
ungkapan yang bisa mengubah segalanya
ucap terus ke hatinya...
Aku Cinta Padamu...

cintaku dan cintamu mungkin beribu...yang TETAP hanya satu..

dulu dan selamanya...

lagu yg aku rasa paling best dalam semua lagu A TO Z..

aku suka sangat2 lagu ni...pergi mana2 pun aku akan main lagu ni...aku mula minat lagu ni masa aku belajar kat SEGAMAT HIGH SCHOOL...malam NOSTALGIA kat Asrama Pusat Segamat (asrama sekolah aku..) kwn2 aku wat performance kat atas pentas nyanyi lagu ni la..vocal utama Idan la...aku n kawan2 tukang rosak lagu..hahaha.

then masa orientasi kat msi tahun 2005 masa aku jadi oc aku lak yang wat unplugged...cuak??!!...mstila...tapi bila dah get feel..peh aku rasa stage tu bapak aku yg beli...to all lover..expecially pompuan..msti fly klo boy nye nyanyikan untuk dia...dan aku lak cuma nyanyi to whom yg special je...hehehe..cuma aku teringin nak wat performance kat city campus bawak lagu ni dgn Idan coz rasa mcm zaman dulu2 masa school lak...tapi idan dah abes ...so terpaksa lah aku get feel sorang2 lagi...no hal la...

ni lirik untuk korang feel lak..apek ada video aku nyanyi..dia kata nak upload kat blog dia...klo dia dah load leh la korang belek yek...

Kepada mu ku curahkan
Kepada mu ku buktikan
Segala yang ku janjikan
Dari dulu dan selamanya..

Biar musim pun berganti
Namun aku kan kembali
Kepada mu disisi
Bersama lagi hanya kau ku sayangi..

Biar hari berganti dan pergi
Kerana ku tahu kau kasihku

Kali ini ku kembali
Dalam alunan mesra sinar pagi
Ku genggam erat tangan mu
Ku bawa bersama, ke alam
Realiti dan fantasi...

Tuesday, December 23, 2008

HaPpY BiRtHday to U...

babah,mak..pinjam kek jap bagi nampak real sikit b'day makcik ni...hehehe

22 DEC 08 hari jadi Nadiah...dia ni anak babah n mak (family angkat aku yg superb best)kat putrajaya...tapi kesian kat dia sbb tak dapat sambut besday dia coz dia keje..hahaha..gelakkan dia..di kesempatan ini aku nak promote dia..dia solo lagi wei..mana kawan2 aku yang masih bujang..hantarkan proposal anda selewat2nya....opss...ble-ble pun bole...huhuhuh..meh aku bg tips..syarat utama..leh jadi imam...yang tak confident leh bungkus...syarat2 tambahan tak tau la..dia nampak je huhahuha...tapi trust me,dia romantik.(wah..bangganye ko..)dia ada sorang kakak yang dasyat..klo jumpe keje nak nyakat je...beware to sape yang nak mencuba...wei Hairun Nadiah...kira aku promote ko tu kira adiah besday ko la yek..hehehehe

klo diikutkan dia ni kiranya adik beradik angkat aku coz family dia family angkat aku...aku nak terangkan panjang2 pun nanti semua tak paham coz program anak angkat yang ini lah yang paling complicated system dia...dan aku ada 10 lagi adik beradik angkat masa program ni..better korang jgn tanye camana coz aku malas jawap....

ape pun semoga ko dilimpahi rahmat dan keredhaanNYA...AMIN.

P/S : Jgn marah...aku amik pic ko tak bgtau...kira kfc settle la erk..peace..

Monday, December 22, 2008

Camping ke lubuk tedung...


pose istimewa dari group camping PDE..(cume KZ je sesat.hahaha)

aku nak citer untuk trip camping terbaru ni kat air terjun jerangkang kat Maran malas lak pasal takde dapat gambo full lagi...so aku citer dulu la trip yang lepas masa camping kat lubuk tedung...in gamba masa kat depan zoo sebelum nak masuk ke dalam.jauh gak la...naik teksi gak nak masuk ke dalam tu...tapi tak la sampai masuk utan..aku tau posing kat atas tu sangat mengujakan dan sangat bergaya....terutamanya aku..tak sangka aku sangat cool...hehehe..




bukit memang curam nk mampos..klo aku tau memang aku tak g...aku dah terbayangkan kedai mamak dah masa tu...air lak abes...mana taknye naik tengahari...klo naik pagi tak le panas sangat kot...yang tengah tu namanye Hafiz..kitorang pangil dia apek..aku pun tak tau knape diorang pangil apek..sbb berak tak cebuk kot..hahaha(jgn mara apek)...dia ajak aku teman dia g berak kat sungai jauh sikit dari camp site masa camping ni dalam kul 4 lbh pagi lepas kitorang g tembak ikan....ada ke patut dia nampak UTNAH (terbalikkan perkataan ni) dia leh lari tinggalkan aku...aku tanye kenapa dia tak cakap nasib baik akupun patah balik..klo tak silap2 aku yang trberak wei...




Banyak jugak yang aku belaja masa camping ni...di samping aku dapat eratkan gubungan siraturahim antara classmate aku..totally mmg best la..tapi masa nak naik tu mmg menyeksakan la...aku tanye si maizol bape minit nak sampai ...setiap kali aku tanye mesti dia cakap 2 minit...gilo la...bila dah sampai camp site kitorang start cari kayu api...si Maded ni soh aku dgn KZ g tebang buloh..peh...sory la..aku tanye KZ...'buloh tu...ko la potong..aku tak berani tak pasal2 kena tampar dgn benda2 kang..'...KZ pun tak nak tebang gak..last2 patah balik kat Maded...aku cakap kat Maded g tebang sendiri la...dia tebang lain mcm je..lantak la..aku rela memasak dgn si haikal tu...hahahaha..Maded aja kitorang masak air dalam buloh,masak sup dalam buloh n wat ayam salai.....tetapi.....sup ayap sgt masin leh kena darah tinggi aku...ayam pun masin gak sbb aku terletak garam lebih..hehehe..bile kitorang balik tembak ikan..ayam tu pun dah masuk dalam api sbb tempat salai dia terbakar...bukan rezeki...

dan yang paling best....seberang sungai tempat kitorang camping tu ada kubur org Asli..peh..Maded tak bagitau hampeh tol...tapi bagus gak klo dia bagitau msti kitorang takut.....kitorang tau pun lepas balik...

tapi...best...aku suke camping..huhuhuhuhu...sape nak join jom la...

NASYID...

Kumpulan E-CLASS..

22 & 23 September 2008 lalu,Pertandingan Nasyid UniKL City Campus.waktu ni aku ponteng kelas CADCAM...hahaha..kantoi dgn budak kelas aku..diorang cakap patut la aku takde kat kelas..kat stage rupenye...aku form team E-CLASS ni dgn Idan (sahidan jalil) pada hari yang sama pada hari pertandingan Nasyid.Praktis pun hari yg sm gak..dlm kul, 2-3 pg gak la.Pertandingan mula kul 2.30 ptng..smpat lagi maa..Sbenarnya Idan ngan aku satu skolah n kitorang selalu kena paksa masuk nasyid dgn senior kitorang dl klo tak kena pukul..sejak tu la suke..aku mmg minat nasyid sebenanya n suke nak masuk pertandingan cuma skang br dapat peluang..aku tak sia2kan...

sumenye hebat2..cuma mungkin nasib menyebelahi kami...kami dapat Juara..gembira dol....ada lagi...untuk solo lelaki Johan dapat kat Idan..aku lak dapat Naib Johan...tak ke namanye kitorang bolot sume tu..rezeki...hehehe...thanx kepada peminat2 yg telah menghantarkan sms untuk kami....ada berani bwat lagi la...tapi aku nak gang sape erk Idan dah abes blaja dah.....

Friday, December 19, 2008

COACH....

aku tengah brief strategi...

SUKAN UNIKL 08 bertempat di MICET,Melaka.

Dengan penuh ikhlas,aku volunteer untuk jadi coach team gurl volleyball city campus...sbb..city campus mmg takde coach...memalukan.!!......the problem and the risk is...they all mmg tak pernah main just 2 org je yang pernah sentuh volleyball....and aku cuma ada kurang dari 1 week untuk traine diorang...bayangkan lah betapa ligat otak aku untuk susun stratergi camana nak bagi diorang leh diging dlm masa seminggu.....at last..diorang leh gak main..menang tu perkara no 2..bagi aku yang penting adalah spirit and teamwork.....kerana itu adlah langkah pertama sebelum diorang jadi pemain yang hebat 1 hari nanti....bertambah lagi anak buah aku..

tengok la tu...aku cakap pun diorang bukan nak dengar...

antara banyak2 anak buah yang aku latih...group ni la yang paling degil nak mampos..nak melawan je keje dia....tapi takpe...klo aku dapat lagi group ni aku traine sampai kurus sume diorang...tapi yang best diorang ni sume pompuan....hehehehehe...sejuk hati dan mata memandang...hehehe..aku normal guy what..!!!

Wednesday, December 17, 2008

ALUMNI COMMITTE...BYE..BYE

Dah lebih kurang setahun lebih dah aku 'berjuang' dalam Alumni Committe (AC)...rasanya dah sampai masa untuk aku cabut...lebih baik angkat kaki sebelum kena halau....lagipun dah banyak sangat rahsia kerajaan yang aku tau...klo tau lagi banyak bole kena bunuh aku...hehehehe...ape2 pun aku sangat gembira dapat cooperate dgn diorang ni walaupun kadang2 ada yang nyakitkan ati...walaupun begitu task yang diberi tetap disiapkan...bekerja dgn profesional kan.....pengalaman tu..aku nak stop...aku nak concern kat pelajaran aku..dah banyak aku korbankan untuk AC...bye bye....aku percaya committe ni akan di lead oleh leader yang sgt hebat nanti...




klo bergamba tak pernah nak serius...tu yang mengadap cium ke buluh tu aku la tu..sangat memberangsangkan kan....hahaha







semua bergambar lepas abes MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI 08...ni lah committe aku yang power2..tapi paling power of coz la aku...hahaha..gelak...gelak...